Bagi rakyat Malaysia, mungkin kita jarang tahu akan khasiat keju kotej ini, tidak seperti di negara-negara Barat yang sememangnya melibatkan keju dalam diet pemakanan harian mereka.

Tetapi, jika anda teruskan membaca artikel ini, pasti anda akan segera mendapatkan keju berkenaan di pasaraya-pasaraya berdekatan.

Walaupun mempunyai lemak, namun khasiatnya tidak dapat dinafikan. Dikatakan bahawa keju kotej daripada susu kambing adalah paling sedap. Tanpa membuang masa lagi, berikut merupakan antara manfaat keju kotej:

#1. Mempercepatkan tahap metabolisme

© annyart / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Kandungan vitamin B yang kaya pada keju berkenaan dikatakan akan menormalkan kadar metabolisme. Sementara itu, vitamin B12 akan meningkatkan keberkesanan minda dan membantu tubuh menghadam zat besi dengan lebih baik.

Riboflavin pula akan menukarkan karbohidrat menjadi tenaga, dan asid ‘pantothenic’ akan memperbaiki tahap metabolisme daripada aspek protein, lemak, karbohidrat dan asid amino dalam tubuh.

#2. Otot akan terbentuk

© Beanika / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Keju kotej mengandungi protein yang dipanggil kasein yang dicerna dengan perlahan dan membantu membentuk otot. Sebab itulah, ramai atlet akan makan keju kotej sebelum tidur, agar asid amino akan diserap masuak ke dalam darah lantas menjadikan otot menerima jumlah nutrien.

Keju kotej juga akan membuatkan anda berasa bertenaga dan kekal kenyang untuk jangka masa yang lama. Ia juga bagus buat mereka yang vegetarian (dan memakan produk tenusu) kerana membekalkan protein yang mencukupi.

#3. Memudahkan proses penurunan berat badan

© Artemida-psy / depositphotos

Hasil kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa keju kotej boleh membantu  menurunkan berat badan, walaupun tidak melakukan senaman yang kerap! Terdapat 2 kumpulan orang yang dikaji: Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan makan makanan rendah kalori rendah – keju kotej secara teratur tanpa melakukan sebarang latihan fizikal manakal satu lagi kumpulan mempunyai diet yang sama, tetapi juga menjalankan latihan fizikal. Kesemua individu di dalam kedua-dua kumpulan berjaya menurukan berat badan.

#4. Menambah baik kesihatan reproduktif wanita

© megija / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Produk tenusu seperti keju kotej kaya dengan kalsium dan vitamin D. Jika makan keju berkenaan diamalkan, ia akan membantu menstabilkan menstruasi selain menyeimbangi hormon buat kaum wanita. Ia juga mampu mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Kajian selama 16 tahun mendapati bahawa tahap vitamin D dan kalsium yang tinggi dalam tubuh wanita sebelum menopaus, akan mengurangkan risiko kanser payudara.

#5. Menguatkan tulang

© mrhighsky / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Kalsium sememangnya penting untuk menguatkan tulang dan gigi manusia. Oleh itu, makanlah keju kotej kerana ia membekalkan kalsium sebanyak 28% daripada saranan amaun pengambilan kalsium. buat ibu mengandung pula, pengambilan kalsium yang mencukupi akan mengurangkan risiko osteoporosis selain menstabilkan sistem saraf.

#6. Menstabilkan tahap gula dalam darah

© forden / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Keju kotej mengandungi magnesium yang mengekalkan paras gula dalam darah. Ia sangat bermanfaat untuk pesakit diabetes jenis II kerana membantu tubuh melawan penyakit dan meminimumkan pengaruhnya.

Sekiranya anda makan keju kotej setiap hari, anda harus mengambil kira kandungan lemak: ia tidak sepatutnya mempunyai lebih daripada 1.5% lemak. Sekiranya terdapat lebih banyak lemak, anda harus mengelak dari makan setiap hari.

#7. Membantu sistem kardiovaskular

© annyart / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Ia bukan sahaja menormalkan tahap gula dalam darah, bahkan kandungan magnesium pada keju kotej juga mempunyai pengaruh positif pada sistem kardiovaskular – membantu mengawal tekanan pada arteri dan menghalang pembekuan darah.

200 gram keju kotej sudah cukup membekalkan sebanyak 30% keperluan harian selenium, iaitu elemen antioksida yang penting. Ia akan meneutralkan kesan negatif terhadap radikal bebas selain melindungi salur darah dan tisu pada jantung daripada sebarang kerosakan.

#8. Mengurangkan risiko strok

© megija / depositphotos   © olegtoka1967 / depositphotos

Selain nutrien lain, keju kotej mengandungi kalium. Ini menyokong imbangan air di dalam badan, mengurangkan kebimbangan, dan mengambil bahagian dalam penyebaran impuls saraf. Pengambilan kalium secara kerap dapat mengurangkan tekanan arteri yang lazimnya membawa kepada risiko terkena strok.

Oleh itu, pengambilan produk tenusu, termasuk keju kotej, menghalang kejadian sindrom metabolik yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular dan diabetis.

Sungguhpun begitu, setiap makanan yang diambil dalam kadar yang berlebihan pasti akan memudaratkan. Seperti keju kotej ini, di mana ia mengandungi kadar garam yang banyak. Setengah cawan keju kotej mengandungi lebih kurang 400 miligram sodium klorida.

Manakala tahap pengambilan sodium klorida tersebut yang disarankan adalah sebanyak 1,500 miligram sehari. Jadi, makanlah secara bersederhana bagi mengelakkan masalah buah pinggang oleh kerana protein yang banyak akan meningkatkan beban perkumuhan sistem organ dalaman. Jika anda mengalami laktosa intoleransi, anda dinasihatkan agar tidak memakan keju berkenaan.

Sumber: Bright Side

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular