Pemberian wang saku bagi anak-anak yang bersekolah dilihat semakin meningkat saban tahun. Ini disebabkan harga makanan di kantin sekolah meningkat kesan daripada peningkatan harga barangan runcit.

Wang saku yang dahulunya RM 2 sudah cukup untuk membeli makanan di kantin kini tidak lagi dapat menampung perbelanjaan anak-anak di sekolah. Jika ada pun, kuantiti makanan telah dikurangkan dan ini menyebabkan anak-anak masih berasa lapar di sekolah. Oleh yang demikian, membawakan bekal buat anak-anak yang bersekolah dilihat sebagai alternatif yang terbaik bagi mengelakkan anak-anak daripada berlapar ketika di sekolah.

Izyani Zulkifli, yang merupakan seorang ibu dan pengguna Twitter telah berkongsi bekal yang disediakan untuk anak-anaknya yang begitu menarik, lazat dan mengujakan!  Dia memilih untuk menyediakan bekal berbentuk bento kerana dilihat lebih praktikal dan cepat disediakan.

Mari lihat 15 bekal untuk anak-anak yang menarik, lazat dan mengujakan!

Sajian utama ialah ayam panggang yang dibungkus dengan tomato, cendawan, salad dalam roti tortilla dan keju yang dipotong bentuk bunga. Snek pula ialah buah epal dan granola bar mentega kacang & coklat buatan sendiri.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1094768926595018752

Fusili tuna, brokoli rebus dan pau mini kacang merah. Buah pisang yang diukir nama anak pula bertujuan untuk ‘suka-suka’.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1082824204246872065

Spageti ringkas dengan daging kisar dan lobak merah, roti sosej, pisang yang diukir nama dan snek bar.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1083256241869053952

Nasi goreng, ayam goreng, pau mini kacang merah, limau dan snek bar.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1083536830169903104

Nasi putih, ayam masak lada hitam berserta sayur, hirisan telur dadar, sosej goreng dan snek bar.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1084616621631582208

Sajian utama ialah nasi berbentuk bola, ayam masak oren dan salad. Untuk snek pula ialah buah epal potong dan sandwic yang dipotong dalam bentuk penguin dan anak beruang berintikan mentega kacang dan jeli.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1097722818911821824

Ayam panggang dibungkus bersama sayur dalam roti tortilla berserta mayonis dan sos tomato. Lobak merah rebus dipotong memanjang dan sandwic keju bakar menambahkan lagi selera anak-anak.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1085700312155881473

Maggi goreng, salad, telur goreng, roti coklat, 2 keping biskut Oreo dan sebiji limau mandarin untuk setiap seorang anak.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1086068922720313345                     

Sajian utama ialah mihun goreng bersama salad dan bebola daging. Untuk snek pula ialah biskut Lexus, buah pisang dan granola bar buatan sendiri.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1090118181190955009

Ini pula ialah maggi goreng, roti sosej goreng, pau mini dan buah limau mandarin.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1090836551800520704

Nasi berbentuk bola, ayam masak kicap, salad, tomato ceri, telur dadar dan buah naga memang menyelerakan!

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1093680307453124608  

Nasi putih, ikan sardin, telur dadar, sayur dan buah epal.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1093680307453124608

Ayam panggang dibungkus dalam roti tortilla bersama tomato, salad dan sosej. Epal potong dan biskut beras dihidangkan sebagai snek.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1097376374870818816

Sajian utama ialah nasi putih, ayam masak sup, telur dadar berintikan hirisan lobak merah, salad dan tomato ceri. Untuk snek pula ialah pau mini, granola bar dan anggur tanpa biji.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1090399466044051456

Nasi putih, sambal sardin, telur goreng, brokoli rebus dan granola bar.

https://twitter.com/izyanizulkifli/status/1098736031711391744

Sungguh cantik dan menyelerakan bukan bekal-bekal ini semua? Semoga ibu bapa di luar sana mendapat ilham daripada penyediaan bekal yang telah dikongsikan oleh Puan Izyani ini dan jika anda mahu lihat lebih banyak lagi bekal yang dia sediakan untuk anaknya, lihat di Twitter. Selamat mencuba!

Sumber: TWITTER | @IZYANIZULKIFLI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular