Bukan semua daripada kita yang tahu simptom-simptom penyakit berbahaya seperti barah kulit, diabetis, dan masalah pemakanan. Namun jika anda kerap menonton program siri televisyen Dr. House, pasti anda akan ingat bahawa diagnosis pada peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa anda. Oleh yang demikian, kami akan berikan sedikit info tentang 10 tanda-tanda penyakit serius yang harus anda ambil perhatian. 

1. Diabetes

  • Kerap membuang air kecil
  • Berat badan naik atau turun tanpa sebab
  • Penglihatan kabur
  • Kerap berasa dahaga
  • Lapar berterusan
  • Lebam dan luka lambat sembuh
  • Lesu
  • Berasa kebas dan lenguh pada tangan

2. Barah kulit

Kredit: © Depositphotos.com

  • Kulit menjadi tebal dan kemerah-merahan dengan tompok-tompok bewarna keputihan
  • Kemerahan pada bahagian muka dan leher
  • Jaundis
  • Tahi lalat baru
  • Luka pada kulit sukar sembuh
  • Perubahan pada tahi lalat

3. Sakit otot dan sendi

Kredit: © Depositphotos.com

  • Sakit otot berterusan
  • Kebas
  • Bengkak, kaku dan kemerahan pada sekitar sendi
  • Pergerakan mana-mana sendi terbatas

4. Penyakit paru-paru

Kredit: © Depositphotos.com

  • Batuk berdarah
  • Batuk kronik (selama berbulan-bulan atau lebih lama)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sesak nafas
  • Sakit pada bahagian dada (selama berbulan-bulan atau lebih lama)
  • Nafas berbunyi
  • Terdapat penghasilan lendir (selama berbulan-bulan atau lebih lama)

5. Sakit payudara

Kredit: © Depositphotos.com

  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian payudara
  • Perubahan pada kulit puting dan payudara
  • Berasa ketat di sekitar payudara
  • Berasa ketat pada bahagian ketiak
  • Keluar cecair daripada puting

6. Masalah kesihatan reproduktif wanita

Kredit: © Depositphotos.com

  • Sakit ketika haid
  • Berasa gatal-gatal pada bahagian genital
  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit pada pelvis dan perut
  • Pengeluaran cecair pelik daripada vagina
  • Mengalami pendarahan di antara waktu haid

7. Sakit perut dan masalah penghadaman

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

  • Cirit-birit
  • Mengalami pendarahan pada najis
  • Najis kehitaman
  • Tidak dapat mengawal usus
  • Muntah darah
  • Perubahan tabiat usus
  • Pendarahan rektum
  • Pedih ulu hati
  • Refluks asid
  • Sembelit

8. Masalah pundi kencing

Kredit: © Depositphotos.com

  • Kerap membuang air dan berasa sakit
  • Terdapat darah pada air kencing
  • Kencing malam
  • Hilang kawalan terhadap pundi kencing
  • Kerap membuang air ketika malam

9. Masalah pemakanan dan berat badan

Kredit: © Depositphotos.com

  • Dehidrasi
  • Kelesuan
  • Depresi
  • Muntah-muntah
  • Kerap lapar
  • Kebuluran
  • Senaman secara kompulsif
  • Kuat dahaga

10. Trombosis urat

  • Bengkak pada kaki dan kadang kala pada tangan
  • Sakit kaki dan tangan
  • Kekejangan pada kaki dan tangan
  • Warna kulit menjadi kebiru-biruan atau kemerah-merahan
  • Kaki dan tangan terasa suam ketika disentuh

Penafian : Artikel ini bertujuan untuk perkongsian pengetahuan sahaja. Adalah disarankan agar anda bertemu dengan doktor bagi mendapatkan pandangan dan nasihat profesional.

Diilustrasikan oleh Yekaterina Ragozina untuk BrightSide.me

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular