Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tropika. Durian, rambutan, pisang, nenas dan bermacam-macam lagi buah yang sedap!

Tapi, pernahkah anda membeli buah di pasaraya mahupun di tepi jalan dan rasanya tidak semanis yang anda harapkan. Sama ada ia masam, tawar dan tidak memuaskan!

Jadi kali ini, kami akan mengongsikan kepada pembaca semua tentang beberapa tips menarik untuk membeli 5 jenis buah tempatan yang pastinya akan membuatkan anda tersenyum gembira saat menikmatinya!

#1 Tembikai

Sinar.FM

Tips 1 : Bentuk

Kemanisan semulajadi buah tembikai boleh diketahui melalui bentuknya. Buah tembikai ‘jantan’ mempunyai bentuk lonjong dan isi yang berair. Buah tembikai ‘betina’ pula berbentuk bulat dan isinya lebih manis.

Tips 2 : Warna kulit

Sinar.FM

Buah tembikai yang mempunyai warna tompok kekuningan pada bahagian dasarnya adalah buah yang sudah ranum dengan sempurna sekali gus isinya lebih manis.

Tips 3 : Tangkai

Mingguan Wanita

Jangan pilih buah tembikai yang tangkainya masih hijau kerana ini menunjukkan tembikai itu masih muda. Pilihlah buah yang tangkainya sudah kering dan mengecut.

Tips 4 : Bunyi buah tembikai

Ketuk buah tembikai beberapa kali untuk menentukan tahap kematangannya. Jika ia menghasilkan bunyi seakan-akan kosong, ini bermaksud buah tersebut sudah masak dan pasti isinya manis.

#2 Nanas

okelifestyle

Tips 1 : Tekan buah

Buah nanas akan menjadi lembut apabila ditekan sekali gus menandakan ianya sudah matang. Nanas yang masih keras adalah nanas yang muda dan mempunyai rasa masam.

Tips 2 : Cabut daun di bahagian tengah

Jika daun boleh dicabut dengan mudah, maka nanas itu sudah matang dan sedia untuk dimakan.

Tips 3 : Hidu

Palembang Tribun News

Nanas yang sudah ranum mempunyai bau yang seakan-akan manis dan segar berbanding buah nanas muda. Namun, jika nanas tersebut mempunyai bau yang tidak menyenangkan seperti bau tajam cuka, maknanya buah itu sudah terlalu masak dan mungkin busuk.

#3 Mangga

Agronet

Tips 1 : Warna kulit

Perhatikan warna kulit buah mangga sebelum membelinya. Jika warnanya kuning terang, maknanya buah itu sudah masak.

Tips 2 : Hidu

Kumparan

Mangga terkenal dengan baunya yang manis dan menyegarkan. Jadi, pastikan anda menghidu bau mangga sebelum membelinya. Jika tiada bau daripada buah tersebut, berkemungkinan besar mangga ini masih muda.

#4 Durian

Shahrizal Md Noor

Tips 1 : Bentuk

Bentuk durian yang bulat menandakan isinya yang padat berbanding durian yang lonjong.

Tips 2 : Berat buah

Durian yang lebih ringan menandakan isinya yang lebih banyak berbanding durian yang berat.

Tips 3 : Duri dan tangkai

maukerja.my

Untuk menjamin durian yang dibeli itu mempunyai isi yang banyak dan padat, pastikan anda memilih durian yang tangkainya pendek dan tebal. Di samping itu, pastikan juga durian dipilih berdasarkan durinya yang pendek dan berada pada kedudukan tidak rapat (jarang-jarang).

Tips 4 : Hidu

Durian yang baik mempunyai bau yang manis.

#5 Betik

drrozmey

Tips 1 : Warna kulit

Betik yang sudah ranum boleh dilihat pada warna kulitnya yang kemerahan manakala betik yang masih muda pula berwarna hijau.

Tips 2 : Tekan buah

Pastikan anda memilih betik yang mudah ditekan kerana ini menunjukkan isinya lembut dan sudah ranum.

Tips 3 : Berat buah

famouschris

Bagi memilih buah betik yang sedap, lebih berat buah tersebut maka lebih tebal dan padat isinya.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular