Sejak Archduke Maximilian dari Austria mempersembahkan cincin emas bertatah berlian kepada isteri kesayangannya, Mary of Burgundy pada abad ke-15, semua pengantin perempuan menyimpan idaman akan mendapat hadiah perkahwinan berupa cincin berlian. Namun, tidak semua orang mampu dan cincin berlian itu bukan pengukur satu ikatan perkahwinan yang bahagia dan penuh kasih sayang.

Seorang wanita bernama Ariel Desiree McRea dari Nashville, Tennessee berkongsi pengalaman apabila dia melihat sendiri bagaimana suaminya telah dimalukan oleh seorang pekerja kedai emas ‘Pandora’ kerana membeli cincin pertunangan berharga USD130.00 (RM529.00) dan pekerja biadab ini menggelar cincin itu sebagai ‘kasihan’.

Arii.Psalms56

Dengan hati yang terguris, Ariel tidak mahu menunjukkan perasaan marah di hadapan orang ramai, tetapi apabila pulang ke rumah, dia telah menulis di Facebook untuk menjelaskan mengapa kelakuan pekerja itu sangat biadab dan salah.

Arii.Psalms56

Tulisnya, “Suami saya bukannya orang berada, malahan kami berdua ini bukan orang berada. Kami bekerja dengan cukup-cukup makan untuk membayar bil dan makanan. Selama 2 tahun kami bersama sebagai pasangan, wang untuk perbelanjaan perkahwinan masih tidak mencukupi dan kami membuat keputusan untuk tidak perlu menunggu lagi.”

Arii.Psalms56

Ariel menambah, “Saya tidak pernah terfikir untuk dihadiahkan dengan sebentuk cincin pun. Saya hanya mahu mengahwini teman rapat yang amat dicintai. Tetapi, dia masih dapat menyimpan wang untuk membelikan sepasang cincin pertunangan dari Pandora. Cincin perak yang ringkas dan murah sahaja. Cincin itu masih kekal di jari ini dan saya amat suka melihatnya setiap hari.”

Phillip Pessar /Gambar Hiasan

Tulis Ariel, “Semasa kami membeli cincin tunang ini, seorang pekerja wanita di kedai itu datang kepada kami dengan senyuman untuk membantu memilih cincin. Setelah suami saya memilih, dia telah berkata, “Kamu tidak akan percaya mengapa ada sesetengah lelaki sanggup membeli cincin pertunangan seperti ini, sungguh kasihan!”. Ketika dia mengeluarkan perkataan biadab itu, saya menoleh kepada suami saya dan melihat mukanya yang telah berubah menjadi hampa. Saya juga berasa sedih kerana suami saya tidak mampu membeli set cincin yang lebih mahal. Kemudian dia bertanya kepada saya, “Kamu pastikah boleh gembira dengan pilihan ini? Pilihan saya ini baikkah?” Suami saya nampaknya bersedih kerana tidak dapat membuat saya gembira dan pilihan cincin murah itu rasanya tidak begitu sesuai sebagai cincin perkahwinan.”

Arii.Psalms56

Ariel kemudian membela suaminya yang pada ketika itu masih tunangnya dengan berkata kepada pekerja kedai emas itu, “Bukan hal cincin ini sama ada ia mahal atau tidak yang menjadi perkara utama, kasih sayang dari hatinya semasa membeli cincin ini yang paling utama.” Mereka membeli cincin pertunangan itu dan kemudian beredar.

Arii.Psalms56

Tulisnya lagi, “Saya akan mengahwini lelaki ini walaupun dia hanya mampu menyarungkan pada jari manis saya dengan cincin yang dibeli di kedai tikam. Semua orang beranggapan cinta sejati itu datang bersama hati seorang lelaki yang membelikan cincin berlian bernilai RM12,000. Adakah cinta dan kasih sayang itu sama nilainya dengan harga sebentuk cincin? Saya bukan mahu mempersendakan anda semua kerana semuanya terpulang kepada pengalaman dan rezeki masing-masing. Tetapi, mengapa pula ada sesetengah pihak yang menyamakan milikan kebendaan itu dengan kasih sayang dan cinta?”

 

Ariel meluahkan perasaan hampa akan insiden itu dengan menulis, “Suami saya takut saya akan meninggalkannya kerana dia tidak mampu membeli sebentuk cincin berlian. Dia merasakan cinta saya akan pudar kerana dirinya yang tidak mampu membeli set cincin perkahwinan seperti yang saya inginkan. Dunia telah melayannya seperti ini dan ia sangat menyedihkan.”

 

Kemudian dia menulis, “Tetapi kami tidak kisah akan semua itu. Akhirnya kami mendaftarkan perkahwinan yang ringkas dengan menyarungkan set cincin murah berharga RM529 di jari manis masing-masing. Kini dia adalah suami saya dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain memiliki cinta dan kasih sayangnya.”

Arii.Psalms56

Selepas post Ariel menjadi tular, ramai netizen yang bertanya bagaimana mereka boleh bertemu dan jatuh cinta.

 

Ariel menulis, “Saya dan suami bertemu secara atas talian ketika usia 20 tahun, dan kami  bercakap di dalam telefon selama 6 jam sehari untuk 2 hari. Suami saya kemudian memandu selama sejam untuk mengambil saya untuk bertemu janji. Saya tidak memakai pakaian yang cantik, hanya sehelai baju panas Krismas murah. Kami makan kepak ayam dan berlawan sendawa selepas itu. Kemudian kami keluar bersiar-siar dengan memandu sambil mendengar muzik dan menyanyi bersama-sama. Selepas temu janji pertama itu, saya terus jatuh cinta dengannya.”

Arii.Psalms56

Tambah Ariel, “Jika dia mengajak saya berkahwin dengannya pada pertama kali kami bertemu, saya sudah pasti akan berkata ‘Ya’! Secara jujur, kami pernah terfikir untuk kahwin lari, tetapi membuat keputusan untuk memberi sedikit masa buat diri masing-masing sebelum berkahwin. Tetapi selepas itu kami tidak dapat menunggu lebih lama lagi, dan akhirnya berkahwin juga. Saya tidak dapat membayangkan boleh hidup dengan orang lain melainkan bersama suami saya ini.”

Arii.Psalms56

Kisah Ariel menjadi inspirasi buat semua. Cincin perkahwinan itu bukan pengukur nilai kasih sayang dan cinta yang sebenar. Nilai diri seorang suami dengan niatnya yang tulus ikhlas menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang adalah pengukur sebenar dalam satu perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular