Musim bunga telah tiba dan pada musim lalu pereka fesyen terkenal dunia sudah mula membuat rekaan pakaian bagi musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Setiap tahun ketika pertunjukan fesyen, pereka fesyen akan mengetengahkan rekaan dengan beberapa tema yang berbeza mengikut musim.

Seorang blogger bernama Lili Hudyakova menghayati kerja tangan pereka fesyen ternama dunia dan hasilnya, beliau telah berjaya mengumpulkan beberapa rekaan gaun ‘couture’ yang diilhamkan setelah mendapat inspirasi daripada penghayatan menikmati keindahan alam semula jadi.

Daripada tema laut, pergunungan dan tasik, bunga, pokok dan pelbagai tumbuhan, alam semula jadi sememangnya penyumbang terbesar dan pemberi inspirasi kepada para pereka fesyen dunia.

Kebanyakan gaun couture yang cantik dihasilkan dengan sentuhan penghayatan melihat sendiri alam semula jadi yang sentiasa menakjubkan.

Musim bunga amat mempesonakan dan bunga selalunya melambangkan kecantikan dan keanggunan wanita.

Bunga yang selalu memberi ilham penghasilan gaun couture yang cantik sudah semestinya bunga ceri, ros , lavender dan wisteria.

Musim panas menggabungkan beberapa tarikan yang tersendiri. Pemandangan lautan yang hijau dan membiru, langit serta cahaya matahari.

Warna merah, putih, hijau dan biru juga adalah kombinasi klasik gaun couture musim panas.

Warna hijau gelap yang penuh elegan dan memberi keselesaan, serta pemandangan bintang di langit yang cerah pada waktu malam semasa musim panas.

Malam musim panas yang misteri, melihat bintang dan galaksi yang bergemerlapan di langit menjadi pemberi ilham.

Bunyi ombak dan lautan yang bergelora pada musim panas mencetuskan idea.

Musim luruh yang mempesonakan dengan udara segar yang menjadi semakin dingin.

Daun musim luruh dengan warna coklat, kuning, oren dan merah.

Pereka gaun couture ini bukan sahaja merujuk kepada alam semula jadi yang menakjubkan, malah menjadikan ia sebagai satu rekaan yang bernilai artistik.

Pereka fesyen melihat perubahan awan, alunan air tasik dan sinaran cahaya matahari, menjadikan gaun couture terserlah dengan kecantikannya.

Suasana musim luruh bagai sudah dirasakan.

Musim sejuk melahirkan perasaan yang lebih dingin dan senyap.

Pereka fesyen bukan sahaja menghargai keindahan alam semula jadi, tetapi juga turut mendapat ilham melalui pandangan mereka di dalam kehidupan sendiri.

Pemandangan pantai, lautan dan langit yang indah dalam pelbagai musim menjadi ilham di dalam minda pereka fesyen dalam menghasilkan gaun couture.

Alam semula jadi mempunyai pelbagai kombinasi warna menarik untuk diketengahkan di dalam penghasilan fesyen dan tidak pernah luput dengan peredaran zaman.

Alam semula jadi sentiasa menjadi subjek utama dalam penghasilan lukisan indah oleh pelukis ternama seperti Vincent van Gogh, sehingga memberi ilham kepada pereka fesyen dalam tema pertunjukan fesyen mereka.

Sesungguhnya alam semula jadi ciptaan Tuhan mempunyai kuasa paling menakjubkan dalam memberi ilham dan inspirasi kepada manusia dalam penghasilan karya seni fesyen terbaik dan hebat.

Sumber : Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular