Sudah menjadi lumrah buat kucing di mana mereka lazimnya bebas membuat apa sahaja yang mereka suka dan inginkan. Tidak seperti anjing, kucing tidak begitu patuh akan arahan tuan mereka.

Jadi, jika kucing membuat keputusan untuk muncul di stadium ketika perlawanan bola sepak sedang berlangsung, maka tiada siapa pun yang dapat menghalangnya!

Perlawanan bola sepak yang terganggu dek kerana kemunculan seekor kucing hitam

Liga Perdana yang sedang berlangsung tersebut melibatkan pasukan Everton menentang Wolverhampton Wanderers, terpaksa diberhentikan seketika bagi membolehkan kucing berkenaan keluar daripada padang.

Ternyata kucing tersebut mendapat perhatian penonton yang mengagumi keberanian dan kecomelannya. Pasti kucing tersebut gembira dengan perhatian yang berjaya diraihnya pada ketika itu.

Penonton tidak berhenti bersorak pada kucing berkenaan

Pengulas perlawanan menyangka bahawa insiden comel berkenaan merupakan gurauan daripada seseorang yang membawa kucing ke stadium.

Sementara itu, segelintir pula percaya bahawa kucing tersebut masuk ke dalam stadium sendiri ekoran terbau makanan yang dibawa oleh para penonton, yang lazimnya mengundang kehadiran tikus di kawasan berkenaan.

Peminat bola sepak tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen tentang insiden lucu tersebut

“Si cakar ini cuba berdepan dengan penceroboh padang. Itu lah dia Purrpatrator.” 

“Kucing ini nampaknya lebih memberi masalah kepada barisan pertahanan Wolves berbanding di lakukan oleh penyerang Everton …”

Saksikan rakaman video insiden berkenaan di bawah:

Alex Sport Talk | YouTube

Sumber: BoredPanda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria SUKAN VIDEO

Video Popular