Kanak-kanak, terutamanya bayi, tidak mempunyai sistem imun yang kuat seperti mana orang dewasa. Imunisasi atau vaksinasi diperlukan dalam beberapa tahun pertama kehidupan kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada jangkitan penyakit serius.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah meninggal dunia akibat difteria. Di Johor, lima orang kanak-kanak yang disyaki positif difteria kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia tersebut juga disyaki positif difteria.

Seorang pakar Otorhinolaryngologi, telinga, hidung dan tekak, Dr Ezairy M.Sallih tampil untuk memberikan penjelasan tentang simptom yang mungkin terjadi kepada anak-anak mengenai penyakit difteria.

Ini berita yang amat-amat membimbangkan. Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.

Kementerian Kesihatan Malaysia | Facebook

DIFTERIA MUDAH BERJANGKIT MELALUI BEBERAPA CARA:

  • Cairan pernafasan pesakit
  • Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
  • Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan

Airfreshener

KENAL PASTI SIMPTOM DAN GEJALA DIFTERIA:

  • Sakit pada tekak
  • Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
  • Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
  • Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
  • Bengkak pada kelenjar leher

Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin. Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.

 

QLStayHealty

KENAPA JANGKITAN DIFTERIA AMAT BERBAHAYA?

  • Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran bernafasan
  • Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher pesakit
  • Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung

Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita. Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular