Apabila menyebut kedai menjual pelbagai barangan kelengkapan ‘Daiso’, kita pasti akan terbayangkan barangan kelengkapan harian pelbagai kegunaan di rumah yang semuanya kelihatan comel, cantik dan kreatif. Kedai ‘Daiso’ dari Jepun ini bukan sahaja menjual barangan kelengkapan rumah dengan harga yang murah, malahan pelbagai barangan yang dijual juga mempunyai rekaan yang unik dan boleh bertahan lama. Jadi, sesiapa sahaja yang memasuki ‘Daiso’ sudah pasti akan menjumpai barangan yang boleh digunakan.

7 gajet untuk kegunaan dapur di bawah adalah dari keluaran ‘Daiso’ yang patut dibeli. Apabila anda membeli barangan ini, kerja memasak di dapur pasti lebih mudah.

1. Berus silikon

Pereka berus silikon yang comel ini pasti seorang yang pintar. Caranya masukkan minyak ke dalam botol silikon dan apabila mahu menggunakannya, hanya picitkan ia di atas kuali. Sapukan rata kuali tidak lekat anda dengan berus silikon ini. Sesuai bagi tujuan memasak roti jala, roti canai, roti bakar dan lain-lain masakan yang tidak menggunakan minyak yang banyak. Anda juga boleh masukkan hirisan daun pandan ke dalam botol ini untuk mewangikan minyak, jika mahu memasak roti jala misalnya.

Hani Mynis/Facebook

2. Alat penjaga masa

Alat yang patut ada ketika memasak terutama jika anda ingin mengukus atau merebus. Juga boleh digunakan ketika kerja membersih dan mengemas, bagi yang mengetahui masa itu emas.

3. Alat pengukur masa merebus telur

Bagi yang tidak tahu mengukur masa memasak telur dengan tepat, alat ini amat berguna kerana anda akan dapat mengetahui bila telur itu sudah masak atau separuh masak. Cara menggunakan alat ini amat mudah. Apabila merebus telur, masukkan alat pengukur masa ini bersama dan lihat petunjuk di alat ini untuk menentukan 3 cara masakan telur yang diinginkan.

4. Pengukur spaghetti

Pengukur spaghetti ini amat berguna bagi mereka yang ingin memasak spaghetti dalam kuantiti yang sedikit dan tidak mahu membazir. Pengukur spaghetti ini mempunyai lubang mengikut jumlah orang untuk hidangan sama ada 1, 2, 3 dan 4.

5. Gel silika untuk makanan

Gel silika amat berguna untuk diletakkan di dalam balang makanan kering seperti bekas spaghetti, rempah-ratus, milo, kopi bagi mengelakkan ia menjadi lembap, berkulat atau keras. Masukkan gel silika untuk makanan ini ke dalam balang atau tampal ia pada penutup balang.

6. Pengeras minyak

Bagi yang tidak mahu membuang lebihan minyak yang cair, anda menggunakan alat pengeras lebihan minyak ini. Apabila minyak sudah mengeras anda boleh membuangnya bersama sampah.

7. ‘Mini Frother’

Alat ini bukan sahaja boleh digunakan ketika menghasilkan buih kopi capuccino, tetapi ia juga boleh digunakan untuk memukul telur bagi mendapatkan hasil telur dadar yang terlebih gebu dan sedap.

Sumber : Hani Mynis/Facebook , Sirap Limau

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular