Keresahan atau lebih dikenali dengan ‘anxiety’ melampau merupakan satu penyakit yang mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia. Ia dipercayai berupaya memotivasikan otak, misalnya membantu manusia belajar daripada pengalaman lampau dan bersedia untuk pengalaman yang baru kelak.

Everyday Health

Sama ada ia baik ataupun tidak, otak manusia akan terganggu jika fokus diberikan secara berlebihan kepada masa depan yang sememangnya bukan dikawal oleh manusia.

Maka daripada situ manusia akan mengalami keresahan dan depresi kerana tidak berupaya untuk mengubah atau sesuatu perkara yang bukan berada di bawah kawalan kita.

Daripada anda berasa bimbang dan resah, anda boleh mengambil langkah untuk membuat persediaan terhadap apa yang merisaukan anda. Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk melatih otak kita untuk berhenti berasa resah.

#1. Menulis

Eclipse-articles.com

Teknik ini mungkin berguna. Jika anda rasa otak anda sedang berfikir sesuatu, segera tuliskan ia di atas kertas (ataupun di mana-mana peranti elektronik yang anda selesa). Tindakan ini membolehkan anda berasa lega kerana ia berjaya mengelakkan minda anda daripada berterusan mengingati perkara secara terperinci.

Melalui cara ini, otak anda juga agar sentiasa bersedia. Dalam erti kata yang mudah, ia melatih otak anda akan pentingnya untuk menulis. Otak anda juga akan tahu sumber-sumber yang perlu bagi menyelesaikan masalah anda daripada anda berterusan berasa bimbang mengenainya.

Menurut kajian yang dijalankan pakar pada segmen sebuah majalah berkaitan dengan penyakit ini, menunjukkan bahawa terdapat korelasi berlawanan antara kebimbangan dan penumpuan. Jika pesakit mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi, maka penumpuan terhadap perkembangan mereka berkurangan.

#2. Meditasi

NPR

Meditasi mampu membantu minda anda daripada terus berasa resah. Penyelidik di Psychosomatic Medicine telah menjalankan kajian terhadap meditasi dan hasilnya menunjukkan keberkesannya dalam mengurangkan keresahan kognitif. Ia cukup mudah untuk dilakukan, bahkan untuk mereka yang sangat sibuk. Luangkan 30 saat atau lebih dengan menutup mata dalam keadaan santai.

Semasa anda bermeditasi, buah fikiran yang buruk akan muncul di minda anda, dan ianya normal. Pakar menyarankan agar anda ‘layankan’ sahaja fikiran buruk berkenaan dan rasa sendiri bagaimana ia ‘terbang’ keluar daripada minda anda.

#3. Senaman tubuh

dinocro.info

Keupayaan akal untuk terus bertahan adalah pada masa anda memutuskan untuk mengaktifkan sistem untuk melawannya. Sebagai contoh, jika ada singa melompat ke arah anda, pasti anda segera akan merasa adrenalin mengalir dalam tubuh anda. Reaksi terhadap kebimbangan juga sama seperti contoh dinyatakan tadi namun tahap dan tempoh masanya mungkin berbeza.

Kajian yang sama dilakukan oleh menunjukkan bahawa senaman adalah sangat bermanfaat untuk badan. Hal ini kerana, jika badan anda mengalami tekanan fizikal yang berkurangan maka minda akan menginterpretasi bahawa tidak ada keperluan untuk berasa bimbang lagi.

Senaman membolehkan jantung mengalami kadar denyutan nadi yang tinggi dan badan pula akan segera berpeluh, di mana ia sama seperti keadaan apabila kita mengalami keresahan. Secara amnya, senaman membantu mengurangkan tekanan darah dan simptom-simptom tekanan di dalam tubuh yang lain.

Sumber: The Meaning of Life

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular