Baru-baru ini, tular satu peristiwa yang melucukan dan kasihan pada masa yang sama melibatkan seekor tikus yang tersekat pada penutup lubang bawah tanah.

Kejadian pada 24 Februari lalu ini telah disedari oleh dua orang wanita di Bensheim, Jerman yang cuba untuk membantu tikus berkenaan meloloskan dirinya namun tidak berjaya. Kedua-dua wanita berkenaan telah berusaha mengangkat penutup lubang tersebut namun tetap gagal.

Berufstierrettung Rhein Neckar/YouTube

Menurut laporan BBC, penyelamat binatang iaitu Michael Sehr dan sekumpulan anggota bomba sukarelawan telah menerima panggilan mengenai insiden itu dan terus datang ke lokasi kejadian bagi menjalankan misi penyelamatan.

Berbekalkan dengan beberapa alatan kelengkapan seperti tuil besi, sekumpulan 9 penyelamat mula mengangkat penutup lubang dan menyendalnya dengan baji daripada getah.

“Tikus ini agak gempal dan tersekat pada bahagian pinggulnya. Langsung tidak boleh bergerak,” kata Sehr kepada agensi berita DPA.

Berufstierrettung Rhein Neckar/YouTube

Setelah beberapa kali percubaan, Sehr dan anggota penyelamat lain berjaya menolak bahagian punggung tikus itu daripada lubang dan akhirnya menyelamatkan tikus itu daripada tersekat selama-lamanya.

Kisah yang sungguh melucukan untuk hiburan anda pada hari ini…

Tonton video penyelamatan tikus berkenaan di bawah.

Berufstierrettung Rhein Neckar/Youtube

Sumber: SAYSBerufstierrettung Rhein Neckar/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular