Pada zaman moden kini, kita boleh membeli barangan yang mahal dan tidak mampu dengan diberi pilihan untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan. Contohnya, jika teringin membeli sebuah motosikal baru, kita boleh sahaja membuat pembayaran melalui skim kredit mudah selama tiga tahun.

Walau bagaimanapun, jika difikirkan kembali apabila kita membeli barangan dengan kredit, kita sebenarnya membayar lebih untuknya memandangkan pembayaran itu akan dibuat dengan peratus faedah atau bunga. Akhirnya jika anda begitu berkira, pembayaran ansuran itu sudah menjadi dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal setelah pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang telah ditentukan.

Jadi, memikirkan situasi ini, seorang lelaki dari Filipina telah memberi kita idea bagaimana untuk membeli sebuah motosikal baru yang diidamkan dengan cara yang termampu olehnya.

Rodrigo M.Cosio sememangnya seorang lelaki yang penyabar. Sementara orang lain berfikir-fikir sama ada mahu untuk membeli motosikal baru secara kredit, lelaki tua dari Dumangas, Iloilo ini menanti dengan sabar untuk membeli motosikal baru yang diidamkan.

Daripada menurut cara orang lain yang terus tidak berfikir panjang untuk membeli sebuah motosikal baru, Rodrigo membuat keputusan untuk menyimpan wang syilingnya sedikit demi sedikit untuk membeli motosikal.

Rodrigo membuktikan kepada semua bahawa jika kita mahukan sesuatu, tidak perlu berasa terburu-buru, tetapi berusaha keraslah untuknya walaupun perlu menanti selama beberapa tahun.

Tindakan Rodrigo membeli motosikal baru dengan wang syiling telah menjadi tular di media sosial. Lelaki ini mampu membeli sebuah motosikal baru secara tunai menggunakan duit syiling 10 piso Filipina (kira-kira 78 sen) yang telah disimpan selama dua tahun.

Kisah Rodrigo M. Cosio telah dikongsi oleh seorang netizen bernama Angel Gel Azarb yang bekerja di kedai pengedar motosikal itu di Barangay, Tabucan, Dumangas di Iloilo. Angel Gel menjadi begitu kagum melihat kesabaran dan disiplin yang telah ditunjukkan oleh Rodrigo dalam menyimpan wang hasil usaha kerasnya demi membeli sebuah motosikal.

Dengan melihat rakaman gambar ini, nampaknya para pekerja mempunyai sedikit kesukaran untuk mengira kesemua duit syiling itu. Akan tetapi, mereka pasti berasa seronok melakukannya kerana perkara seperti ini sudah pasti amat jarang berlaku, melihat Rodrigo yang penyabar dan berdisiplin dalam mengumpul wang untuk membeli sebuah motosikal secara tunai.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular