Pada ulang tahun ke-210 Charles Darwin, Discovery Institute  memaparkan kepada awam senarai lebih daripada 1,000 saintis Ph.D. yang mengisytiharkan keraguan mereka terhadap mekanisme Darwin tentang evolusi: bahawa kebolehan mutasi rawak (random mutation) dan pemilihan semula jadi (natural selection) mampu menerangkan kompleksiti kehidupan.

Vision

“Kami meragui terhadap tuntutan bahawa kebolehan mutasi rawak (random mutation) dan pemilihan semula jadi (natural selection) mampu menerangkan kompleksiti kehidupan. Penelitian terhadap bukti-bukti teori Darwin perlu digalakkan,” pernyataan itu dibaca oleh saintis.

“Kenyataan kami bukan anti-evolusi, ia adalah mengenai apa mekanisme itu,” kata John West, senior fellow di Discovery Institute, kepada PJ Media. Beliau berkata senarai itu berasal dari tahun 2001 “sebagai tindak balas terhadap kenyataan yang sering dikeluarkan oleh media bahawa tidak ada ahli sains yang menimbulkan persoalan tentang teori Darwin.”

(Charles Darwin pada tahun 1868): Julia Margaret Cameron

Discovery Institute menemui 100 orang saintis Ph.D. dan menerbitkan senarai dalam The New York Review of Books. Selepas beberapa tahun, “tohmahan menjadi sangat keras, kebanyakan saintis yang berada dalam senarai tersebut kehilangan dana, ada yang terancam dengan pekerjaan mereka. Kami berfikir, “Kami tidak perlu terus mempromosikan ini. Para saintis masih terus menandatanganinya. “

John West menegaskan bahawa senarai itu “terus berkembang dengan sendirinya tanpa promosi kami.” Malah, West memberitahu PJ Media bahawa Discovery Institute menggalakkan ramai profesor tidak menandatanganinya, supaya mereka tidak kehilangan pekerjaan mereka. “Ada orang yang mahu menandatanganinya dan kami tidak membenarkannya, kami tidak merayu para saintis untuk menandatanganinya,” katanya.

DiscoveryScienceNews|YouTube

Senarai ini ditandatangani oleh saintis Ph.D. dari seluruh dunia. Ia termasuk seorang profesor Moscow State University di Rusia. Senarai itu juga ditandatangani  oleh bekas presiden Bangalore University di India, serta ramai saintis Ph.D. yang mengajar dan belajar di pelbagai institusi berprestij di Amerika seperti Harvard University, Duke University, dan Johns Hopkins University.

“Ini bukan untuk mengatakan bahawa majoriti saintis tidak menyokong teori Darwin,” jelas John West. Tetapi “tuntutan bahawa tidak ada saintis yang serius meragui teori Darwin adalah kenyataan yang salah.”

“Terdapat lebih daripada seribu saintis yang serius mengatakan bahawa pemilihan semula jadi (natural selection) dan mutasi rawak (random mutation) tidak menjelaskan kepelbagaian kehidupan,” kata pakar Discovery Institute.

Wikipedia Commons

“Disebabkan tiada saintis yang mampu menunjukkan bagaimana mekanisme Darwin mampu menghasilkan kompleksiti kehidupan, maka wajarlah setiap saintis untuk meraguinya” kata ahli biologi Douglas Axe. “Namun memandangkan kebanyakan mereka tidak mahu mengakui perkara ini, maka ia mendedahkan kesan tidak sihat pengaruh sosial terhadap kajian saintifik”

Selain itu, petisyen ini bukanlah sesuatu petisyen biasa yang boleh ditandatangani oleh sesiapa sahaja. Anda perlu sekurang-kurangnya memiliki Ph.D dalam bidang saintifik seperti biologi, kimia, matematik, kejuruteraan, sains komputer, atau mana-mana bidang sains semula jadi; atau memegang M.D dan berkhidmat sebagai profesor perubatan.

Rujuk pautan ini untuk melihat senarai nama-nama saintis yang memiliki perbezaan pendapat terhadap teori Darwin, telah dikemaskinikan pada Februari 2019.

The Discovery Institute mengeluarkan video yang memaparkan 19 orang saintis membaca kenyataan itu:

DiscoveryScienceNews | YouTube

Sumber: PJ Media

Maybe you're interested :

Share

Video Popular