Memiliki badan yang langsing sentiasa menjadi impian hampir kebanyakan wanita terutama bagi mereka yang telah melahirkan anak. Ada wanita yang meningkat berat badannya secara mendadak selepas bersalin walaupun baharu melahirkan anak pertama. Apabila berat badan sudah naik, susah pula hendak diturunkan dan kembali ke berat sebelum mengandung.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan namun mungkin belum mendapatkan hasil. Apa kata anda tambahkan satu lagi kaedah untuk mendapatkan badan yang langsing iaitu dengan mengamalkan ‘sup kurus’. Apakah itu ‘sup kurus’? Sejauh mana keberkesanan sup ini?

Resipi ‘sup kurus’ ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Khairuzetti Zaini yang dikenali sebagai ZT. Kata ZT, dia telah mengamalkan sup ini selama 13 tahun dan kini ketika berumur 39 tahun, ibu yang memiliki 4 orang cahaya mata ini mempunyai badan yang kekal langsing dengan berat 45 kilogram. Wah, kurusnya!

Pasti ada yang mula tertanya-tanya, apakah ‘sup kurus’ itu. Mari kita lihat resipinya.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 4-5 ulas bawang putih ditumbuk pecah (khasiatnya ialah untuk membakar lemak dan membuang kolestrol)
  • 2 biji cili api hijau ditumbuk pecah (khasiatnya untuk membakar lemak)
  • 2 batang serai diketuk (khasiatnya ialah untuk awet muda, membakar lemak, membantu sistem pencernaan dan membuang angin dalam badan)
  • 1 sudu besar minyak jagung

Bahan B:

  • 100 gram isi ayam dipotong halus (rendamkan isi ayam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi menghilangkan lendir ayam. Kemudian rendamkan isi ayam tersebut dengan air garam selama 10 minit dan barulah dicuci. Ini adalah teknik untuk membuang kesan ubat antibiotics yang dicucuk pada ayam)
  • 1.5 liter air tapis

Bahan C:

  • Sawi jepun
  • Cendawan tiram (khasiatnya ialah awet muda)
  • Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa (cari di Jusco bahagian produk organik)
  • Garam bukit Himalaya (berwarna merah jambu) secukup rasa

Cara-caranya ialah:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak jagung.

2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.

3. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan cendawan tiram dan masak sehingga cendawan lembut. Masukkan sawi jepun dan terus tutup api. Sawi akan layu sendiri dengan haba masakan tadi.

5. Apabila sup sudah suam, masukkan gula perang.

6. Kemudian, masukkan garam dan kacau sebati. Kini sup sedia dihidangkan.

Mudah sahaja resipi ‘sup kurus’ ini sebenarnya. Menurut ZT, sup ini perlu diamalkan selama 4 hingga 5 kali seminggu selama 3 bulan.

Tambah ZT lagi, bagi anda yang cepat naik berat badan jika makan nasi, maka makan sup ini sahaja dan jangan tambah nasi. Tetapi bagi anda yang tiada masalah berat badan walaupun makan nasi, boleh makan sup ini bersama nasi tetapi lebih baik gunakan beras kurang kanji. Selamat mencuba!

Sumber: FACEBOOK | MASAK APA HARI NI (MAHN)

Maybe you're interested :

Share

Video Popular