Kasih sayang merupakan elemen terpenting dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aspek kekeluargaan. Inilah yang dibuktikan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari Hubei, China yang bertindak menyimpan wang angpau yang diterimanya untuk membelikan sebentuk cincin berlian buat ibunya.

See Hua Online|YouTube

Menurut SoraNews24, budak lelaki berkenaan telah menyimpan sejumlah 8,800 yuan (RM5,355) daripada angpau yang diterimanya sempena Tahun Baru Cina bagi merealisaikan niatnya. Dia dan ibunya difahamkan pergi ke kedai menjual barang kemas bagi membolehkan ibunya mencuba sendiri cincin berkenaan.

Ibunya pula merasakan bahawa anaknya itu hanya bergurau dan bertindak melayan sahaja karenah anaknya itu dengan mencuba beberapa bentuk cincin.

“Dia mahu membelikan cincin tersebut buat ibunya kerana dia melihat semua ibu kepada rakan-rakannya di sekolah memakai cincin sebegitu”, kata seorang pekerja kedai barangan kemas tersebut di dalam sebuah video seperti yang dilaporkan oleh Global Times. Akhirnya sebentuk cincin bernilai 8,100 yuan (RM4,930) dipilih oleh kedua-dua anak beranak berkenaan.

See Hua Online|YouTube

Apabila ibunya sedar bahawa niat anaknya itu serius untuk membelikan cincin berkenaan, dia cuba meninggalkan kedai tersebut dan ia membuatkan anaknya itu mengalirkan air mata. Ibunya itu kemudian mencuba taktik lain bagi membolehkan anaknya itu tetap menyimpan wangnya.

See Hua Online|YouTube

Ibu itu menunjukkan sebentuk cincin berharga 50,700 yuan (RM30,830) dan berkata kepada kanak-kanak tersebut, “Ibu sukakan yang ini. Kamu boleh simpan wang lagi dan membeli cincin yang ini kelak.”

Ayuh saksikan rakaman pendek adegan tersebut:

See Hua Online/Youtube

Sumber: See Hua Online/Youtube, Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular