Kita sering melihat kehebatan manusia dan haiwan dengan kuasa adiwira mereka di dalam filem dan kartun, tetapi kurang mengambil perhatian bahawa terdapat sesetengah spesies tumbuhan yang unik dengan kuasa luar biasanya. Apabila tumbuhan luar biasa ini mencapai satu tempoh tertentu dalam pertumbuhannya, ia boleh terselamat daripada kebakaran hutan, melontarkan biji benih sejauh mungkin dan memakan serangga kecil. Spesies tumbuhan dengan kuasanya yang luar biasa menyebabkan ia sangat unik seperti berasal dari planet lain.

Di bawah adalah 8 jenis tumbuhan menakjubkan yang mempunyai kuasa luar biasa dan memukau pandangan.

1. Titan arum

 cyberoo / Instagram   / ErinStavola / Imgur

  • Nama : Amophophallus titanum atau titan arum.
  • Kuasa luar biasa : mempunyai kuasa mengeluarkan bau bunga yang memualkan.
  • Fakta menarik : Ia menjadi salah satu spesies pokok bunga gergasi yang terdapat di dunia. Bunganya mampu tumbuh sehingga 3 meter panjang dari tanah. Ia adalah pohon menakjubkan yang akan ditunggu ketibaan masanya untuk mekar berkembang dan sering menjadi bahan berita apabila ia berlaku.
  • Lokasi : Terdapat di hutan hujan tropika sekitar Sumatera, dan taman botanikal terpilih di seluruh dunia.

2. Hura crepitans atau pokok jabilo atau pokok kotak pasir.

 mar_sell_dove_ / Instagram   /yliza43 / Instagram

  • Nama : Hura crepitans.
  • Nama samaran : Pokok jabilo atau pokok kotak pasir.
  • Kuasa luar biasa : Meletupkan buah dengan biji benih.
  • Fakta menarik : Rupa belalai pada pokok ini agak pelik dan unik dengan bucunya yang besar dan tajam, yang digunakan bagi tujuan mempertahankan diri. Bunga pokok ini berbentuk seperti sayur labu dan akan mengeluarkan bunyi letupan yang kuat untuk melontarkan biji benihnya sehingga 14 meter jauhnya dari pokok asal.
  • Lokasi : Asal pokok ini terdapat di Amerika Utara dan Amerika Selatan.

3. Rafflesia arnoldii atau bunga Rafflesia.

 tullio1991 / Instagram   / chienleephotography / Instagram

  • Nama : Rafflesia arnoldii.
  • Nama samaran : Bunga Rafflesia.
  • Kuasa luar biasa : Hidup sempurna dengan menumpang dari akar pokok lain.
  • Fakta menarik : Ia dikenali sebagai bunga terbesar di dunia yang mampu mencapai diameter sehingga 1 meter. Bunga Rafflesia adalah sejenis tumbuhan parasit. Ia tidak mempunyai akar atau daun dan akan hidup membesar dengan menumpang di akar pokok. Bunga ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, sehingga ada yang menyatakan seperti bau daging yang sudah mereput. Ia sering menarik lalat sebagai serangga utama yang mempercepatkan proses pendebungaan bagi spesies tumbuhan ini.
  • Lokasi : Spesies tumbuhan ini boleh ditemui di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo, dan taman botanikal terpilih.

4. Mimosa pudica atau pokok semalu.

tdgnomo

  • Nama : Mimosa pudica.
  • Nama samaran : Pokok semalu.
  • Kuasa luar biasa : Boleh mengatup dan menguncupkan daunnya apabila disentuh.
  • Fakta menarik : Sesiapa sahaja yang menyentuh daun pokok semalu akan tahu bahawa ia satu spesies yang amat sensitif kerana ia sememangnya mempunyai tujuan untuk melindungi daripada musuh. Daunnya akan menguncup apabila disentuh. Pergerakan luar biasa ini berpunca daripada air yang dilepaskan yang terdapat pada batang daun. Daun semalu akan berkembang semula dalam jangka masa beberapa minit selepas itu.
  • Lokasi : Pohon semalu ini berasal daripada hutan hujan khatulistiwa dan Amerika Selatan.

5. Vachellia drepanolobium atau pokok siulan berduri.

katyaisbyawoman

  • Nama : Vachellia drepanolobium
  • Nama samaran : Pokok siulan berduri.
  • Kuasa luar biasa : Akan bersiul untuk menjauhkan haiwan daripada mendekatinya.
  • Fakta menarik : Pokok akasia ini akan mengeluarkan bunyi siulan dari ranting pokok yang berbentuk bulat serta berduri. Perkara paling menarik ialah pokok ini hanya mengekalkan perhubungan yang baik bersama semut. Semut menggunakan ranting bulat berduri itu sebagai rumah mereka dengan membentuk lubang-lubang kecil di dalamnya. Lubang-lubang kecil yang akan menghasilkan bunyi siulan bagi menjauhkan haiwan lain dari pokok ini.
  • Lokasi : Pokok ini berasal dari Afrika.

6. Victoria amazonica atau pohon teratai lili Ratu Victoria.

proteabcn / Instagram   / thao2m / Instagram

  • Nama : Victoria amazonica
  • Nama samaran : Pohon teratai lili Ratu Victoria.
  • Kuasa luar biasa : Ia boleh menampung berat sehingga 45 kilogram.
  • Fakta menarik : Kuasa tersembunyi bagaimana daun teratai ini begitu kuat dan mampu menampung berat ialah kerana tumbuhan ini yang mempunyai daun berbentuk bulat dan mampu membesar sehingga 2.5 meter dalam diameter. Udara yang terdapat di dalam rangka daun telah membolehkannya menjadi terapung di dalam air serta mampu menampung beban dan berat. Semasa musimnya, setiap tumbuhan akan mengeluarkan antara 40 hingga 50 daun yang menutupi permukaan air di kolam atau tasik, dan menghalang tumbuhan lain untuk tumbuh.
  • Lokasi : Tumbuhan ini banyak tumbuh di Bolivia, tetapi terdapat juga taman botanikal yang menanam pohon teratai lili Ratu Victoria ini.

7. Nepenthes atau pohon periuk kera.

 ed_siana / Instagram

  • Nama : Nepenthes.
  • Nama samaran : Pohon periuk kera.
  • Kuasa luar biasa : Menangkap dan memakan serangga.
  • Fakta menarik : Rupa daunnya yang seperti jag air berfungsi sebagai perangkap yang pasif. Permukaannya yang menyimpan air manisan akan menarik serangga yang akan datang ke atas pohon ini untuk minum tetapi kemudian akan jatuh di dalam air yang bertakung itu. Serangga yang terperangkap akhirnya dimakan oleh pohon karnivor ini.
  • Lokasi : Nepenthes banyak terdapat di Madagascar, Asia Tenggara dan Australia.

8. Pokok Eucalyptus.

 racquetballlover / Instagram   / carodavo / Instagram

  • Nama : Eucalyptus.
  • Kuasa luar biasa : Boleh terselamat dan mengelakkan daripada terkena kebakaran hutan.
  • Fakta menarik : Daun pada pokok eucalyptus menghasilkan minyak yang boleh membakar dan mengeluarkan tenaga apabila dibakar. Apabila kebakaran memusnahkan hutan, pokok eucalyptus akan menggunakan bencana ini untuk menyebarkan benihnya. Api akan menjatuhkan biji benih pokok ini serta menyuburkan tanah di sekelilingnya. Pokok ini mampu bertahan apabila terkena api. Daripada musnah dijilat api, pokok ini akan terus tumbuh semula sebagai pokok baru dan tidak mereput.
  • Lokasi : Pokok eucalyptus ini berasal dari Australia dan juga telah ditanam di Amerika Syarikat.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular