Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) mendedahkan bahawa hampir 50% generasi muda dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 35 tahun berisiko untuk mengalami masalah pendengaran. Hal ini berpunca daripada pendedahan kepaa bunyi kuat dan lama daripada peranti audio peribadi masing-masing seperti fon kepala atau fon telinga dan juga telefon pintar.

Modern Speakers

WHO bersama-sama International Telecommunication Union (ITU) telah mengutarakan isu ini dan menetapkan piawaian antarabangsa baharu bagi pengilangan dan penggunaan peranti seperti telefon pintar dan peranti audio perbadi. Tujuan penetapan piawaian ini adalah bagi memastikan alat tersebut selamat untuk digunakan dan tidak memudaratkan.

“Meskipun kami mempunyai teknologi tentang cara untuk menghalang masalah kehilangan pendengaran, ramai anak muda terus merosakkan fungsi pendengaran masing-masing ketika sedang mendengar muzik.”

West Coast Hearing & Balance Center

“Mereka perlu faham bahawa sebaik sahaja deria pendengaran sudah hilang, ia tidak akan kembali berfungsi lagi. Piawaian baharu WHO-ITU ini akan melindungi pengguna muda sementara mereka melakukan sesuatu yang mereka gemari.”

Kehilangan fungsi telinga akibat bunyi bising dilaporkan tidak boleh diperbetulkan semula. Memetik kenyataan daripada organisasi berkenaan tentang panduan untuk menghalang kehilangan pendengaran akibat bunyi bising:

“Apabila terdedah kepada bunyi yang bising, kerap dan lama, ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada sel deria dan struktur lain sekali gus mengakibatkan kehilangan pendengaran. Purata kekerapan yang tinggi (misalnya bunyi nyaring dan kuat) akan memberi kesan dahulu dan mungkin tidak akan disedari dengan segera.”

Madison

Ujar kenyataan itu lagi, “Pendedahan secara berterusan mendorong kepada kehilangan pendengaran, menjejaskan pemahaman ucapan dan mengakibatkan impak negatif pada kualiti hidup individu.”

WHO turut menganggarkan bahawa menjelang tahun 2050, satu daripada setiap 10 individu akan mengalami masalah pendengaran. Hampir 50% remaja dan golongan belia dilaporkan terdedah kepada bunyi yang tidak selamat daripada peranti audio manakala 40% lagi terdedah kepada bunyi merosakkan daripada kelab malam dan bar.

Nightclubs

Berikut merupakan beberapa tips saranan WHO yang boleh diikuti untuk mengurangkan risiko masalah kehilangan pendengaran:

  • Menggunakan fon telinga atau fon kepala dengan sebaik mungkin
  • Tetapkan bunyi peranti audio tidak melebihi 60% daripada bunyi maksima
  • Jika boleh, guna penutup telinga ketika berada di persekitaran bising (seperti kelab malam dan konsert)
  • Keluar sekejap daripada persekitaran bising untuk merehatkan telinga anda
  • Jauhkan diri daripada sumber bunyi yang kuat seperti alat pembesar suara
  • Hadkan penggunaan peranti audio kepada kurang sejam sehari
  • Lakukan pemeriksaan pendengaran secara berkala

Sumber: World Health Organization

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular