Kevin dan Billy adalah dua orang rakan karib semasa mereka belajar di sekolah tinggi. Kedua mereka mempunyai persamaan apabila telah berkahwin dengan isteri masing-masing selama 10 tahun. Oleh kerana sibuk dengan urusan harian dan pekerjaan, mereka telah terputus hubungan untuk satu jangka masa yang lama.

Akhirnya beberapa tahun kemudian, mereka telah mengambil keputusan untuk menghadiri majlis pertemuan semula sekolah tinggi dengan membawa bersama isteri masing-masing.

Semasa menghadiri majlis perjumpaan itu dan rakan-rakan lelaki telah berkumpul sambil berbual, Kevin telah melihat isteri Billy yang sangat cantik dan menjadi terpesona dengannya lalu timbul perasaan ingin tahu di dalam hatinya.

Kevin telah berkata kepada Billy, “Wah! Isteri kamu sungguh cantik!”. Billy dengan bangga menjawab sambil memandang isterinya, “Ya, sudah pasti, isteri saya sangat cantik di mata saya.”

Kevin bertanya kepada Billy lagi, “Kamu berdua nampak seperti pasangan baru berkahwin. Sudah berapa lama kamu telah berkahwin?”

Kevin hanya meneka Billy baru sahaja melangsungkan perkahwinan kerana melihat pasangan suami isteri ini sangat romantik dan kelihatan menarik serta berseri-seri apabila mereka baru tiba sebentar tadi di majlis itu. Pasangan ini berpegangan tangan dan bergurau senda seperti pasangan baru berkahwin.

Gambar Hiasan

Billy kemudian menjawab pertanyaan Kevin, “Oh! Kami sudah berkahwin selama 10 tahun.”

Jawapan selamba Billy telah mengejutkan Kevin lalu berkata, “Tidak mungkin! Rupa kamu berdua ini tidak ubah seperti pasangan baru berkahwin! Saya kena mengaku sekarang, saya juga telah berkahwin selama 10 tahun, sama seperti kamu. Tetapi, lihatlah isteri saya. Rupanya tidak sama seperti dahulu, seperti pada mula-mula kami berkahwin. Tidak seperti saya, kamu ini amat bertuah kerana mempunyai isteri yang sangat cantik dan menawan.”

Kevin dengan perasaan ingin tahu dan anggapannya itu terus bertanya lagi, “Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya isteri saya adalah isteri dan ibu yang baik  kepada saya dan anak-anak. Dengan melihat isteri kamu, saya rasa kamu ini pasti mempunyai seorang orang gaji yang melakukan semua kerja di rumah kamu, bukan?”

Billy tergelak besar apabila mendengar tanggapan Kevin itu dan dia terus membalas, “Oh tidak, kamu ini telah tersalah anggap. Isteri saya mungkin terlihat seperti tidak pernah melakukan apa-apa kerja di rumah, tetapi kamu pasti tidak percaya jika saya katakan dalam bab mengurus hal rumahtangga, isteri saya adalah yang paling terbaik. Dan sebagai tambahan bonus, anak perempuan saya juga tidak ubah seperti ibunya.”

Gambar Hiasan

Kevin memberikan reaksi membingungkan di wajahnya apabila mendengar jawapan Billy.

Kevin seakan tidak mempercayai bagaimana isteri Billy boleh menguruskan semua tugas rumahtangga dengan baik disamping menjaga penampilan dirinya yang cantik dan menawan. Kevin terus tidak berpuas hati dan bertanya lagi, “Tetapi kenapa isteri saya nampak berbeza benar dengan isteri kamu ya, apa rahsianya?”

Billy kemudian menjelaskan segala kemusykilan Kevin, “Saya mengingati segala makanan kegemarannya, hobi masa lapangnya dan saya juga boleh meneka apa sahaja kemahuannya sebelum isteri saya menghabiskan perkataannya kepada saya.”

Billy berkata lagi kepada Kevin, “Saya mengikat dan mengetatkan tali kasutnya apabila melihat ia mula menjadi longgar. Saya memberinya urutan segera apabila dirinya berasa keletihan. Kadangkala saya membelikan buah-buahan kesukaannya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya tidak pernah terlupa untuk memberikan ciuman sayang di dahi kepadanya sebelum pergi bekerja, dan saya pasti akan mengambilnya di pasar apabila tiba-tiba hari hujan.”

Billy menambah, “Isteri saya tahu wang yang diperolehinya adalah lebih baik dibelanjakan untuk ahli keluarganya, jadi isteri saya jarang sekali membeli pakaian baru. Akan tetapi, oleh kerana saya tahu akan saiz badan dan pakaiannya, saya akan memastikan isteri saya dibelikan pakaian baru pada setiap bulan. Adakah kamu seperti saya? Apa yang telah kamu lakukan kepada isteri kamu setakat ini Kevin?”

Gambar Hiasan

Muka Kevin berubah menjadi merah dan dirinya menjadi tersipu malu setelah mendengar penjelasan Billy yang panjang lebar mengenai isteri kesayangannya. Bagaimana rakannya ini memikirkan kebajikan isteri pada tahap tertinggi semasa berada di rumah.

Kevin kemudian melihat dirinya yang amat mementingkan diri sendiri semasa berada di rumah bersama isterinya.

Kevin hanya tahu memarahi isterinya walaupun atas perkara dan masalah yang kecil. Baru-baru ini, Kevin telah bergaduh dengan isteri apabila mendapat tahu isterinya telah membelanjakan wang RM200 untuk membeli baju panas yang dirasakannya mahal dan tidak perlu.

Dan Kevin tidak pernah melakukan segala perkara yang telah diberitahu oleh Billy kepada isterinya.

Billy kemudian memberi nasihat kepada Kevin, “Kamu tidak perlu menunggu hari-hari istimewa tertentu untuk menyatakan perasaan sayang kamu kepada isteri. Rahsianya, mereka tidak mahu dimanjakan dengan cincin berlian, batu permata atau bunga-bungaan itu. Apa yang isteri kamu mahukan hanyalah perasaan cinta dan kasih sayang kamu yang tulus dan ikhlas.”

Billy menambah lagi, “Isteri kita mungkin suri rumah tangga sepenuh masa, tetapi itu tidak bermakna kita perlu membiarkan dia melakukan semua kerja rumah itu bersendirian. Perkahwinan itu bukan komitmen satu hala sahaja. Tidak hairanlah isteri kamu nampak kepenatan.”

Gambar Hiasan

Billy berharap Kevin dapat menyedari dan menjadi insaf apabila melihat sudah berapa banyak pengorbanan isteri Kevin itu terhadap dirinya dan keluarga.

Perkataan rakan baiknya ini telah menyentuh hati Kevin. Kevin tidak pernah melihat keadaan dan perasaan isteri sendiri apabila dia selalu memperlakukan isterinya dengan cara yang dingin.

Selama ini, dalam fikirannya, tugas seorang isteri itu hanyalah berbakti kepada suami dan ahli keluarga yang lain. Tiba-tiba Kevin menjadi insaf dan bertekad untuk berubah menjadi seorang suami yang baik dan penyayang kepada isterinya sama seperti Billy.

Jadi, bahagiakan hati dan perasaan pasangan masing-masing, nescaya terserlah segala kecantikan.

Sumber : Good Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular