Penyanyi nombor 1 tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti yang ketahui sedang mengadakan konsert jelajahnya di empat buah lokasi mengikut jadualnya. Pada 21 Februari lalu, konsert pertamanya dimulakan di Jakarta dan difahamkan bahawa para penonton disajikan dengan persembahan yang hebat dan menakjubkan.

Her Inspirasi

Lokasi konsert seterusnya pula adalah di Singapura pada 2 Mac nanti, diikuti pada 16 Mac di Kuala Lumpur dan bakal berakhir pada 22 April di Royal Albert Hall London.

Buat peminat setia kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa Tok Ti, konsert jelajahnya ini dilihat sebagai salah satu acara yang sememangnya dijangkakan.

Stail.my

Difahamkan juga bahawa konsertnya di Jakarta berjaya memenangi hati-hati peminatnya yang rata-rata bersetuju bahawa Tok Ti masih lagi berbisa walaupun sudah 24 tahun di dalam industri.

Baru-baru ini juga terdapat satu video yang tular di Twitter menunjukkan seorang peminat Tok Ti menerima tiket ke konsert Tok Ti daripada anaknya sendiri.

Menerusi rakaman video berkenaan, wanita itu dilihat menerima sampul surat dan sejurus membukanya, wanita berkenaan tidak mampu menyorokkan rasa teruja dan gembiranya. Jelas sekali dia begitu gembira dan tidak percaya bahawa dirinya bakal melihat secara langsung persembahan penyanyi kesayangan ramai berkenaan.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter dan Instagram oleh Fatin Syahira di mana ia telah menerima tontonan lebih 60,000 sejak hari Ahad lalu.

Twitter @mirasamsuri

Menurut Fatin yang juga merupakan antara peminat tegar Tok Ti seperti ibunya itu berkata bahawa dia telah mendapatkan tiket berkenaan sebulan lebih awal dan menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk memberi kejutan buat ibunya.

Twitter @mirasamsuri

Fatin walau bagaimanapun berasa kecewa kerana tidak dapat membeli tiket platinum bagi membolehkan ibunya duduk dengan selesa. Namun, itu sudah cukup membahagiakan ibunya.

Tok Ti juga bertindak menyiarkan semula video berkenaan di akaun Instagramnya

Orang ramai juga memuji tindakan Fatin memberi kejutan buat ibunya

Twitter @mirasamsuri

Twitter @mirasamsuri

Twitter @mirasamsuri

Sumber: Says,

Maybe you're interested :

Share

Video Popular