Menurut laporan The Borneo Post, rangkaian makanan segera yang berasal dari Filipina baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bakal membuka 100 buah kedai cawangan di seluruh Malaysia dalam jangka masa 10 tahun.

Separuh daripada jumlah cawangan berkenaan difahamkan akan dibuka di bahagian Malaysia Timur.

Edmund Samunting|NSTP

“Kami percaya bahawa kami dapat memenuhi diversiti kerana di negara-negara lain, Jollibee boleh dikatakan berjaya. Misalnya, di Vietnam, Brunei, Hong Kong dan Singapore”, kata Dennis Flores selaku presiden Jollibee Foods Corporation (JFC) yang juga merupakan ketua perniagaan antarabangsa untuk rantau Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia.

Khabar berkenaan dikeluarkan ketika majlis rasmi perasmian pembukaan kedai pertama Jollibee di Kota Kinabalu, Sabah

Jollibee Malaysia|Malay Mail

Dilaporkan bahawa kedai berkenaan menerima sambutan yang sungguh menggalakkan setelah lebih 1,000 orang berbaris untuk memasuki premis kedai ketika pembukaannya di Centre Point Sabah.

Dengan pembukaan premis di Sabah, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan negara ke-21 lokasi di mana Jollibee beroperasi.

Sementara anda menunggu Jollibee beroperasi berdekatan dengan anda, apa kata anda lihat apa yang syarikat ini tawarkan:

Instagram|yatieowner

Instagram|lekxylex

Selain daripada hidangan Chickenjoy yang ikonik, terdapat ramai juga pelanggan yang menggemari Jolly Spaghetti.

Sumber: TheBorneoPost , SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi

Video Popular