Masihkah anda ingat akan jenama gula-gula yang cukup popular pada zaman kanak-kanak dahulu, iaitu White Rabbit? Ia cukup unik kerana terdapat pembalut nipis yang boleh dimakan sekali bersama-sama dengan gula-gula. Baru-baru ini pada 21 Februari, heboh bahawa syarikat gula-gula yang berpangkalan di Los Angeles berkenaan, iaitu Wanderlust Creamery bakal memperkenalkan ais krim perisa yang sama.

Wanderlust Creamery

Difahamkan bahawa ais krim perisa tersebut hanya ditawarkan di kedai-kedai ais krim di Los Angeles sahaja. Namun tahukah anda bahawa terdapat berita gembira buat kita semua di Malaysia yang mahu merasai air krim berkenaan kerana terdapat dua kedai ais krim di Malaysia yang mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan ais krim perisa gula-gula White Rabbit versi mereka sendiri!

SAYS Makan

Menurut Inside Scoop, syarikat mereka bakal memperkenalkan ais krim tersebut pada 28 Februari pada jam 8 malam, khas untuk pasaran di Lembah Klang. Buat mereka yang berminat, anda disarankan untuk mendapatkanya dengan segera kerana ia terhad 100 sudu sahaja untuk setiap kedai. Harga untuk setiap sudu pula bermula daripada RM8.30.

Ais krim perasa berkenaan juga difahamkan akan dilancarkan untuk pasaran di Ipoh, Penang, Melaka dan Kuantan pada minggu hadapan. Untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut dan terkini, anda bolehlah mengikutinya menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Inside Scoop/SAYS

Untuk mereka yang tidak sabar untuk merasainya, anda juga boleh mendapatkannya versi Waka Waka Gelato KL pada 27 Februari, hari ini. Setiap sudu berharga RM9 manakala harga untuk sudu mini pula hanya RM6. Kedai berkenaan terletak di Blok A Mahsa Universiti, Jalan Elmu of Jalan Universiti KL.

Waka Waka Gelato

Pada hari Isnin hingga Khamis, ia beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad pula, ia beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga 9 malam.

Sumber: Inside Scoop/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular