Dunia kini semakin memahami betapa besar kesannya tindakan mencemarkan alam sekitar telah memudaratkan kehidupan manusia sendiri dan hidupan lain yang mendiami bumi.

Sementara ramai di antara kita yang telah mengambil usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam kehidupan seharian, ia juga memerlukan syarikat yang berkaitan mengubah penghasilan produk mereka kepada yang lebih mesra alam di samping terus memberi penjanaan ekonomi yang lebih menguntungkan.

Baru-baru ini, sebuah syarikat dari Mexico yang dikenali BioFase telah berjaya menghasilkan produk penyedut minuman dan kutleri plastik organik yang boleh urai dalam jangka masa 240 hari.

Sekiranya produk ini disimpan ditempat kering dengan pengudaraan baik, kutleri ini boleh terus digunakan dalam jangka masa satu tahun, dan selepas tempoh itu ia akan mengurai dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa unsur plastik kepada alam sekitar.

Oleh kerana syarikat BioFase berpangkalan di Mexico, maka amat mudah mendapatkan sumber membuat produk plastik boleh urai ini iaitu dengan menggunakan biji-biji daripada buah avokado. Mexico merupakan pengeluar buah avokado terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 50% setiap tahun. Oleh kerana isinya sahaja yang amat berguna, maka bijinya akan dibuang tanpa sebarang manfaat lain.

Syarikat BioFase telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk daripada biji avokado yang telah diambil dari syarikat yang memproses buah-buah avokado bagi penghasilan guacamole dan minyak.

Syarikat ini menghasilkan dua jenis produk iaitu produk biodegradasi (boleh urai) dan produk boleh kompos. Produk biodegradasi akan mengurai mengikut tempoh yang telah ditetapkan luput seperti buah-buahan. Manakala produk boleh kompos akan dibuang di dalam tong kompos supaya ia boleh mereput 100%.

Produk kutleri terbaru ini bukan sahaja murah tetapi ia dihasilkan dari sumber mesra alam iaitu biji avokado yang sebelum ini sering dilupuskan menerusi pembakaran di ladang-ladang dan kilang memproses buah avokado.

Syarikat BioFase mengambil masa satu tahun enam bulan untuk membangunkan produk ini menjadi penyedut minuman dan kutleri plastik organik boleh urai yang mesra alam. Cabaran utama ialah membentuk dan mereka cipta campuran biji-biji avokado itu mengikut kesesuaiannya menjadi produk yang berjaya dihasilkan seperti pada hari ini.

Lihat video di bawah.

Biofase/Youtube

Bored PandaBiofase/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular