Ada orang berpendapat mengambil berat akan pemeliharaan alam sekitar itu bukan satu perkara yang mudah dan tidak memberi hasil yang berbaloi. Akan tetapi, seorang lelaki di India membuktikan sebaliknya. Lelaki ini hanya seorang penjual susu tetapi mempunyai visi luar biasa apabila telah berjaya menukar satu tanah berpasir yang gersang dan kering di Majuli, yang terletak di utara India kepada sebuah hutan simpan 40 tahun kemudian.

Majuli adalah sebuah pulau dataran sungai yang terbesar di dunia. Majuli diancam hakisan dan tanahnya yang berpasir tidak memungkinkan spesies tumbuhan, pokok dan haiwan dapat bertahan serta hidup lama di atasnya. Seorang lelaki kemudian bertekad untuk membuktikan bahawa Majuli akan kembali menjadi sebuah pulau yang menghijau, dan menempatkan habitat spesies haiwan. Jadi, beliau secara bersendirian telah menanam pokok setiap hari di situ selama 40 tahun.

Shutterstock.com

Ketika Jadav Payeng baru berusia 16 tahun, beliau telah melihat satu kejadian yang menyentuh hatinya. Beberapa ekor ular dilihat telah bergelimpangan di tebing sungai di Pulau Majuli yang terletak di tengah-tengah Sungai Brahmaputra. Banjir yang baru melanda telah menghanyutkan spesies reptilia ini ke pulau itu di mana mereka telah tiada, akibat cuaca panas dan tempat untuk berteduh.

 Shutterstock.com

Jadav berasa amat sedih selepas melihat insiden ini yang mana telah memberi ilham kepadanya iaitu beliau perlu menghidupkan kembali Pulau Majuli yang berpasir dan gersang dengan menanam pokok setiap hari. Segalanya yang hanya bermula sebagai janji, impian dan tekad pada tahun 1979 di pulau tersebut kemudian telah bertukar dengan apa yang kini dikenali sebagai Hutan Simpan Mulay.

 Forest Man / Title Media

40 tahun kemudian, hasil usaha seorang penjual susu yang sabar dan konsisten dalam menanam pokok setiap hari telah mencipta tanah yang menghijau sebesar Central Park dan 12 kali ganda lebih besar dari Vatican City.

 Forest Man / Title Media

Berkat hasil usaha keras tulang empat kerat Jadav, sebuah hutan simpan telah dapat dibina yang kini menjadi lokasi pemuliharaan ekosistem tempatan dan habitat semula jadi kepada beberapa spesies haiwan seperti harimau Bengal, rusa, badak sumbu, burung, gajah dan ular. Pulau Majuli tidak lagi dilanda hakisan dan menjadi tempat yang lebih selamat buat haiwan yang ingin berlindung ketika berlaku hujan lebat dan banjir pada musim monsun.

 Forest Man / Title Media   / Shutterstock.com

Hasil usaha Jadav tidak pernah diwar-warkan sehingga seorang jurugambar bernama Jitu Kalita menemui pulau yang menghijau itu di tengah-tengah dataran berpasir semasa dia sedang merakamkan gambar burung pada tahun 2007. Sekiranya Jitu Kalita tidak membuat sebuah filem dokumentari mengenai Jadav bertajuk ‘Forest Man’, kejayaannya membangunkan sebuah pulau gersang menjadi hutan simpan selama 40 tahun mungkin masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini.

 Shutterstock.com

Sumbangan Jadav Payeng dalam memulihara alam sekitar telah mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan dengan gelaran ‘Forest Man of India’ dan anugerah ‘Padma Shri’ oleh bekas Presiden India, Pranab Mukherjee pada tahun 2015. Jadav Payeng juga menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Pertanian Assam dan Universiti Kaziranga di atas jasa dan sumbangannya yang besar dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di India.

big short films/Youtube

Sumber : Bright Sidebig short films/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular