Bagi yang pernah menikmati hidangan ‘Onion Ring’ di restoran atau pernah membuat sendiri di rumah, apa kata anda mencuba resipi Bunga Bawang Goreng atau ‘Blossom Fried Onion’ yang cantik dan enak dengan cara lebih mudah.

Ikuti resipi Bunga Bawang Goreng dari ‘Made It Easy ‘ seperti di bawah.

Bahan-bahan

  • Satu labu besar bawang Holland
  • Susu segar
  • 1 biji telur ayam
  • Tepung goreng rangup
  • Serbuk paprika atau serbuk cili
  • Sedikit serbuk kunyit atau serbuk mustard
  • Herba Parsley kering
  • Keju parmesan
  • Garam
  • Lada sulah atau lada hitam
  • 1 mangkuk air sejuk
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara penyediaan

1. Buang kulit bawang Holland dan potong hujung akar serta buang bahagian tengah. Kemudian potong kepada beberapa bahagian sehingga membentuk seperti bunga teratai. Tinggalkan lapisan bawah dan jangan potong sehingga habis.

2. Rupa bunga bawang akan menjadi seperti ini.

3. Rendam bunga bawang di dalam air sejuk selama 30 minit.

4.Pukul adunan susu segar dan sebiji telur ayam.

5. Campur adunan tepung goreng rangup, serbuk cili, kunyit, herba parsley, keju parmesan, sedikit garam serta serbuk lada sulah dan gaul sebati.

6. Salut bunga bawang di dalam adunan tepung campuran dengan sebati.

7. Celup salutan bunga bawang di dalam adunan susu dan telur.

8. Salut bunga bawang dengan adunan tepung sekali lagi.

9. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bunga bawang sehingga kekuningan dan menjadi rangup.

10. Angkat bunga bawang goreng yang rangup dan tapiskan minyak.

Hidangan bunga bawang goreng rangup boleh dimakan bersama sos pencicah mengikut pilihan anda. Dalam rakaman video ini, bahan sos pencicah terdiri daripada keju parmesan, satu sudu pes bawang putih, satu sudu sirap jagung, dua sudu mayonis, sedikit cuka dan sedikit lada sulah yang kemudian diadun kesemuanya. Anda boleh mengikuti resipi sos ini jika suka.

Lihat video di bawah untuk mengetahui resipi ini dengan lebih lanjut.

Sumber : Make It Easy / Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular