Pernahkah anda menonton filem Crazy Rich Asians yang dibintangi oleh pelakon kacak kacukan British-Malaysia iaitu Henry Golding. Selain menjadi seorang pelakon, Henry juga merupakan bekas personaliti TV di Malaysia yang terkenal dengan program-program pengembaraan.

Evening Standard

Bagaimanapun, nama dan populariti Henry Golding mula menjadi sebutan industri filem global selepas terlibat di dalam filem Crazy Rich Asians itu. Sejak itu, ke mana sahaja pelakon kacak ini pergi, dia akan sentiasa menjadi perhatian media dan juga para peminat.

Tom & Lorenzo/Twitter

Baru-baru ini, penampilan Henry di acara karpet merah Oscar 2019 telah berjaya mencuri tumpuan ramai meskipun baru pertama kali menghadiri upacara berprestij itu.

James Park/Twitter

Dengan menggayakan tuksedo daripada Ralph Lauren yang disesuaikan dengan tali leher rama-rama berwarna putih, aktor hebat ini turut mendandan rambutnya seperti zaman Hollywood lama dan kelihatan seperti pelakon James Bond.

Emily Olle/Twitter

Netizen yang terpesona dengan penampilan dan gaya kemas Henry Golding turut mengambil kesempatan untuk meluahkan pandangan mereka mengenai pelakon itu…

“Henry Golding sangat kacak. Tolong carikan saya lelaki Asia yang kacak sepertinya.”

Sumber: Evening Standard

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular