Pemimpin yang berkaliber boleh jadi sesiapa sahaja, dan ia tidak semestinya terdiri daripada kumpulan berkenaan.

Keterampilan, tanggungjawab yang disandang serta peranan yang dimainkan merupakan antara elemen yang penting dalam memilih pemimpin. Dan percaya atau tidak, perkara ini bukan digunakan untuk manusia sahaja, bahkan dalam dunia  haiwan juga!

Baru-baru ini, Rancher Adrienne Ivey yang menetap di Ituna, Saskatchewan memuat naik satu video yang agak lucu di laman Facebook yang bertulis, “Bagaimana cara untuk memindahkan lembu-lembu di Kanada?”. Suaminya, Aaron sudah tahu caranya sebaik sahaja dia pergi ke kandang lembu dan memeriksa mereka.

VT|Facebook

Mereka dapati terdapat seekor memerang yang berperanan besar untuk menjaga kawanan lembu ternakan mereka. Aaron pada ketika itu memerhati dalam kebingungan apabila sekumpulan lembu bergerak secara kelompok di belakang memerang berkenaan.

VT|Facebook

Ia merupakan sesuatu yang tidak pernah disaksikan oleh pasangan itu lantas memutuskan untuk merakam aksi haiwan-haiwan berkenaan. Apabila memerang itu bergerak sahaja, lembu-lembunya akan mengikuti rapat. Dan apabila memerang itu berhenti, maka lembu-lembu tersebut juga akan turut berhenti. Agak lucu!

VT|Facebook

“Lembu-lembu ini berada di fasa remaja yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Mereka pelik akan makhluk lain seperti memerang”, jelas Adrienne.

Adrienne sememangnya tahu rakaman video yang direkod berkenaan pasti akan mendapat perhatian warga di internet. “Kita sudah sedia maklum akan kehebatan daging dari Kanada, tetapi untuk memerang yang mengetuai kumpulan lembu? Ia merupakan perkara luar biasa di Kanada!”, tambah Adrienne.

VT|Facebook

Sejak rakaman berkenaan dimuat naik, ia telah ditonton jutaan kali dan orang ramai tidak dapat menahan ketawa melihat aksi memerang berkenaan mengetuai kawanan.

Saksikan rakaman aksi memerang berkenaan mengawal lembu-lembu ternakan Adrienne dan Aaron di bawah:

Sumber: inspiremore

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular