Seekor kucing begitu menyayangi manusia yang telah menyelamatkannya malah begitu gembira sehingga tidak henti-henti memeluk dan menjilat wajah tuannya itu!

Inilah Honeycake, kucing yang manja itu

Michigan Cat Rescue

Honeycake melalui kehidupan yang getir pada mulanya. Kucing ini telah dicampak keluar daripada sebuah kereta yang sedang bergerak bersama-sama dengan adik beradiknya yang dimasukkan ke dalam sebuah beg. Lalu seorang wanita datang menghampirinya dan membawanya pergi ke tempat perlindungan haiwan.

Walau bagaimanapun, tempat perlindungan itu telah menetapkan tarikh akhir perlindungan untuk kucing malang itu. Mendengarkan tentang perkara itu, Michigan Cat Rescue, sebuah kumpulan penyelamat datang ke tempat perlindungan itu dengan segera untuk mengambil keluar kucing tersebut supaya kucing itu mempunyai peluang kedua untuk terus hidup.

Kucing yang diberi nama Honeycake itu begitu bersyukur kerana akhirnya ada manusia yang datang menyelamatkannya

Michigan Cat Rescue

Setiap hari, Honeycake berharap agar ada orang yang datang dan membawanya pulang ke rumah. Pada 12 November, impiannya menjadi kenyataan!

Seorang jururawat wanita bernama Renee menemui kucing ini dan terus jatuh cinta padanya. Honeycake yang begitu gembira dan teruja itu tidak henti-henti memeluk dan menjilat wajah tuan baharunya itu.

“Awaklah hero saya!”

Michigan Cat Rescue

Menurut Renee, bermula dari itu, dia akan mencurahkan sepenuh kasih sayang pada kucing itu. Honeycake (dinamakan semula sebagai Finnegan) juga dilihat seperti tidak mahu melepaskan Renee. Kucing ini memang manja!

Michigan Cat Rescue

Walau bagaimanapun, Finnegan mungkin tidak dapat hidup lama seperti kebanyakan kucing disebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Menurut Renee, dia perlu membawa Finnegan setiap tahun untuk mendapatkan rawatan namun mungkin akan mati disebabkan kegagalan jantung berfungsi.

Renee sentiasa meluangkan masa bermain dan bermanja dengan kucing kesayangannya itu

“Kasih sayang adalah kunci utama keakraban hubungan kami!”

Mari tonton video telatah Honeycake yang sungguh manja ini.

Sumber: LOVEMEOW , THE DODO

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular