Terdapat beberapa perkara yang sangat menekan jiwa selain daripada terlibat dalam kemalangan kereta. Jika anda tidak mengalami sebarang kecederaan, anda perlu menghabiskan banyak wang untuk pembiayaan proses pembaikan kereta dan sebagainya.

Apatah lagi jika kemalangan ini berlaku pada waktu yang tidak sesuai, pastinya akan membuatkan anda bertambah tertekan!

Satu insiden nahas jalan raya melibatkan kereta di Filipina di mana si pemandu yang berkemungkinan besar akan kehilangan segala-galanya.

Sayd Omar Morales Akmad/Facebook

Namun demikian, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku…

Menurut Boredom Therapy, kereta yang dipandu oleh Sayd Omar Morales Akmad telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal. Kejadian ini membuatkan Omar yang juga bapa kepada dua orang anak lelak berasa tidak senang dengan insiden berkenaan.

Sayd Omar Morales Akmad/Facebook

Omar bertindak keluar dari keretanya untuk berhadapan dengan penunggang motosikal itu. Pada ketika itulah, Omar menyedari individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan pada keretanya itu adalah seorang nelayan miskin yang sedang membawa seguni beras untuk dibawa pulang ke rumah bagi menyediakan hidangan makan malam buat keluarga.

Sayd Omar Morales Akmad/Facebook

Insiden kemalangan itu bagaimanapun telah menyebabkan beras yang dibawanya telah bertaburan di atas jalan raya. Kejadian ini sungguh meruntun hati kerana nelayan ini tidak mempunyai wang lebihan untuk membeli beras baru buat keluarganya. Malah, nelayan ini juga tidak mampu untuk menanggung segala kerosakan pada kereta milik Omar.

 

Sayd Omar Morales Akmad/Facebook

Pihak polis kemudian tiba di tempat kejadian dan Omar terus melakukan satu keputusan yang penting. Dia langsung tidak meminta nelayan itu untuk membayar ganti rugi sebaliknya, Omar telah memberikannya sejumlah wang tunai untuk membeli beras baru.

Sayd Omar Morales Akmad/Facebook

“Kita boleh menggantikan barang yang hilang tetapi jangan hilang rasa sayang dan hormat daripada orang lain,” kata Omar.

Tindakan murni Omar membuatkan si nelayan itu berasa sangat gembira dan lega sehingga dia menitiskan air matanya…

Sumber: Boredom Therapy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular