Tidak lengkap rasanya zaman kanak-kanak tanpa basikal. Masih ingat dengan basikal pertama anda? Pasti anda begitu teruja apabila menunggangnya buat kali pertama bukan? Terasa hidup sudah ada segalanya. Mana tidaknya, dengan basikal anda bukan sahaja dapat bermain bersama adik-beradik atau kawan-kawan tetapi dengan basikal anda lebih mudah untuk bergerak ke sekolah atau bersiar-siar keliling kampung.

Baru-baru ini, dua orang pegawai polis Texas terserempak dengan seorang kanak-kanak lelaki Daniel, yang sedang berjalan sambil menuntun basikalnya yang telah rosak. Melihat kejadian itu, dua orang polis tersebut terus berhenti dan mereka bukan hanya membantu kanak-kanak itu malah mereka melakukan sesuatu yang lebih daripada itu.

Menurut Jabatan Polis Selma, Ketua Padula dan Cpl. Ludy terserempak dengan Daniel ketika dia berjalan pulang dengan basikalnya dari sekolah. Biasanya, Daniel akan menunggang basikal untuk pergi dan balik sekolah tetapi ketika pegawai polis tersebut membantunya membetulkan rantai basikalnya dia perasan bahawa basikal Daniel sebenarnya telah usang serta keadaan basikal itu juga tidak beberapa baik.

Daniel ketika itu dilihat sangat sopan dan menghormati kedua-dua polis yang membantunya sehingga membuatkan polis tersebut sangat senang berbual dengannya. Jadi, mereka kemudian memutuskan bahawa kanak-kanak yang baik seperti Daniel layak untuk mendapatkan sebuah basikal yang lebih baik.

Jabatan Polis Selma menyiarkan video di mana pegawai polis tersebut memberi kejutan kepada Daniel dengan menghadiahkan sebuah basikal baharu untuk kanak-kanak itu.

Pegawai itu sempat bergurau dengan Daniel dengan mengatakan adakah Daniel terima jika basikal tersebut berwarna merah jambu. Melihat ada sebuah basikal baru di dalam kereta polis itu Daniel begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk cuba membawanya.

Pegawai-pegawai polis tersebut begitu gembira kerana dapat membantu kanak-kanak yang baik ini. Mereka bukan sahaja membantu Daniel tetapi telah menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang di sekitar mereka!

Saksikan sendiri kejutan yang dilakukan oleh polis-polis ini dan Daniel sudah pastinya begitu gembira dengan kejutan yang diterimanya!

Selma Police Department/Facebook

Sumber: INSPIRE MORESelma Police Department/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular