Disebabkan kos sara hidup semakin meningkat saban hari, sebuah kafe di Balik Pulau mengambil inisiatif dengan menjual nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harga hanya 10 sen sepinggan.

Makanan yang disajikan di Baen Cafe yang terletak di Jalan Pondok Upeh dijual pada harga yang sangat berpatutan, berbanding harga biasa untuk nasi beriani kosong adalah RM3, nasi tomato (RM2) dan nasi putih biasa (RM1.50).

The Star

Selain itu, minuman yang dibancuh dengan gula dan perisa seperti sirap, teh O dan kopi O juga dijual dengan harga 10 sen segelas.

Pemilik Baen Cafe, Ibrahim Abdul Rahim, 37, berkata, sudah 15 tahun dia mengusahakan perniagaan makanan itu selepas meneruskan legasi bapanya.

Dia juga menjual nasi campur dengan beraneka lauk dan ia jauh lebih murah daripada kedai biasa malah harganya 50 peratus jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya.

Ares Tahir|Facebook

Menurutnya, idea menjual nasi dengan harga 10 sen itu datang selepas menyedari keperluan untuk menjual makanan dengan murah mengikut keadaan ekonomi semasa selain membantu meringankan kos kehidupan pelanggan.

Ibrahim berkata, walaupun menjual nasi dengan harga 10 sen, dia masih untung walaupun ramai mempertikaikan tindakannya itu dengan mendakwa ia boleh melingkupkan perniagaan.

Ares Tahir|Facebook

Menurutnya, dia percaya jika memberi kesenangan kepada orang ramai, tidak mustahil usaha itu akan menguntungkan kelak.

Katanya, ramai peniaga hanya menjual makanan dan minuman dengan harga murah ketika perniagaan mereka sedang merudum dan ia tidak digalakkan kerana dilihat tidak ikhlas dalam berbuat demikian.

Ares Tahir|Facebook

“Seharusnya, peniaga yang mahu bersedekah dalam berniaga seharusnya menjual dengan harga murah sebaik mereka mula berniaga.

“Dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah, sedikit- sebanyak saya sudah bersedekah,” katanya.

Harian Metro | YouTube

Sumber: Harian Metro , WorldofBuzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular