LANGKAWI – Sebuah feri yang membawa seramai 52 penumpang dan tujuh kru secara tiba-tiba terbakar selepas 10 minit bertolak dari Terminal Feri Kuah pada petang 25 Februari.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.45 petang itu, sebuah feri penumpang yang menuju ke Kuala Perlis dari Pulau Langkawi dilaporkan terbakar kira-kira tiga kilometer dari pantai yang berdekatan hotel The Westin Langkawi Resort & Spa, Jalan Beringin.

Sinar Harian

Insiden mencemaskan ini turut disahkan oleh Komander Operasi Zon 4, Timbalan Penguasa Bomba, Johari Mohd Lazim yang memaklumkan bahawa pihak bomba telah menerima laporan berhubung kebakaran feri itu sekitar jam 2.48 petang.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi telah digerakkan bersama dua bot penyelamat dan satu bot keluar selain aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan berhampiran”.

Sinar Harian

Menurut Johari, “Kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan dan bantuan dari bot dan feri di kawasan perairan Langkawi digerakkan bagi membantu penumpang feri itu. Berdasarkan maklumat awal, ada mangsa bertindak terjun ke laut selepas feri Dragon Star 1 dinaiki mereka terbakar demi menyelamatkan diri masing-masing”.

Kredit: Amielia Shazwani

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly menegaskan bahawa kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh bot penumpang Pulau Tuba dan Bagan Selat. Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kuah Langkawi.

Bagaimanapun, pihak berwajib masih lagi belum mengenalpasti punca kebakaran dan akan menjalankan siasatan terperinci.

Sumber: Harian MetroSinar Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular