PITTSBURGH – Angin kuat yang melanda pinggir pantai Timur telah menimbulkan kekecohan dan membuatkan penduduk di sekitar Tasik Erie terpaksa berhadapan dengan satu fenomena disebut sebagai tsunami ais.

Menerusi beberapa video tular yang dimuat naik oleh Perkhidmatan Polis Taman Niagara, dapat disaksikan timbunan bongkah ais besar di sepanjang Laluan Sungai Niagara yang melimpah sehingga ke kawasan tepi tasik dan juga jalan raya.

Justeru, bagi memastikan keselamatan para pemandu, beberapa jalan terpaksa ditutup dan tidak boleh digunakan.

Perkhidmatan Cuaca Negara di Buffalo turut mengeluarkan amaran berkenaan had laju angin yang boleh mencecah sehingga 75 batu per jam sekali gus mengakibatkan kemusnahan pokok serta menjejaskan bekalan tenaga kuasa.

“Kami pernah berhadapan dengan ribut sebelum ini tetapi bukan seperti ini. Kami tidak pernah melihat ais naik sehingga ke dinding dan halaman rumah,” kata seorang penduduk di Pantai Hoover, Dave Schultz.

Fenomena aneh yang turut digelar sebagai tolakan ais atau ivu dilaporkan sering berlaku pada waktu awal musim bunga. Hal ini demikian kerana pada waktu inilah pembentukan ais mulai lemah dan menjadi pecah. Justeru, angin yang kuat telah menolak ais di perairan untuk masuk ke bahagian darat.

Pada tahun 2001, fenomena tsunami ais ini pernah melanda kawasan pinggir pantai di Laut Chukchi, Alaska dan membentuk ukuran sehingga 16 kaki tinggi.

Sumber: CBS PittsburghNational Geographic

Maybe you're interested :

Share

Video Popular