Siapa kata menjadi seorang ibu adalah satu tugas yang mudah untuk dilakukan? Tambahan pula jika anda pertama kali menjadi ibu dan tidak begitu mahir untuk mengendalikan hal ehwal seorang bayi…

Hal ini demikian kerana terdapat banyak keperluan yang bayi perlukan dan disebabkan mereka belum tahu bercakap, mereka hanya akan menangis. Ibu haruslah tahu dan mengerti sendiri apa yang bayi mereka perlukan sama ada menukar lampin, memberi susu atau membelai mereka setiap masa.

Abigail Rivera Garcia/Facebook

Tetapi, siapa sahaja yang larat untuk memberikan tumpuan sepenuh masa kepada bayi terutamanya bagi ibu bernama Abigail Rivera Garcia yang menjaga dua orang anak kecil.

Abigail Rivera Garcia/Facebook

Abigail yang berasal dari Massachusetts telah melahirkan Jeremiah, 16 bulan dan juga Anayah yang baru mencecah dua bulan. Memandangkan kedua-dua bayinya dilahirkan secara pramatang, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada Abigail.

Menurut Abigail, Anayah sentiasa tidak selesa dan meragam serta mahu didukung dan dibelai setiap masa.

Abigail Rivera Garcia/Facebook

“Sampai satu tahap di mana saya langsung tidak boleh meletakkannya lebih daripada 10 minit sebelum Anayah menangis semula,” kata Abigail, 23 tahun.

Justeru, Abigail telah melayari internet untuk mendapatkan tips-tips berkenaan cara untuk menenangkan bayi yang kuat menangis. Pada ketika itulah, dia tertarik dengan satu tips yang mudah dan menjimatkan kos.

Abigail Rivera Garcia/Facebook

Dengan menggunakan sarung tangan plastik, Abigail telah mengisi sarung tangan itu dengan beras dan mengikatnya dengan ketat bagi membentuk seperti ‘tangan palsu’.

“Sebaik sahaja saya baringkan Anayah dan letakkan sarung tangan itu di belakang badannya, Anayah terus berhenti menangis dan ia sangat melegakan saya!”

Abigail Rivera Garcia/Facebook

Berkat sentuhan ‘tangan beras’ yang selesa itu, Abigail kini boleh menguruskan hal lain tanpa perlu menemani Anayah setiap masa!

Teruja dengan keberkesanan tips tersebut, Abigail telah mengongsikan tips berkenaan ke Facebook dan ramai netizen yang menunjukkan reaksi positif tentang tips itu. Perkongsian Abigail menjadi tular dan meraih lebih daripada 15,000 reaksi daripada pengguna Facebook.

Abigail Rivera Garcia/Facebook

“Idea yang bijak, kenapa saya tidak pernah terfikirkannya!!!”

Abigail Rivera Garcia/Facebook

Setiap ibu mempunyai cara dan helah tersendiri untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Tips menggunakan sarung tangan berisi getah ini mungkin tidak berkesan kepada setiap bayi namun ia berkesan kepada Anayah. Sekurang-kurangnya, Abigail boleh melakukan kerja lain sambil menjaga bayinya bukan?

Sumber: The Epoch TimesAbigail Rivera Garcia/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular