Dunia tidak lagi selamat dan dipenuhi dengan ramai manusia kejam serta tidak berhati perut. Peningkatan kes-kes jenayah seperti samun, rompak, rogol dan lebih menakutkan sehingga ke tahap membunuh merupakan satu perkara yang menjadi kebimbangan ramai pihak.

Setiap hari, pasti ada sahaja kes jenayah yang akan berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi seluruh dunia!

Untuk itu, kita haruslah mempersiapkan diri dalam menghadapi situasi getir apabila berhadapan dengan penjenayah. Kaedah terbaik adalah dengan mempelajari beberapa teknik penting dalam mempertahankan diri anda.

Sekurang-kurangnya, anda telah memiliki ilmu asas yang membolehkan anda menyelamatkan diri atau mungkin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa manusia kejam.

#1 Melepaskan diri daripada ikatan tali

depositphotos

Kuncinya adalah untuk mengekalkan ruang udara. Jika anda terikat, pastikan anda menggenggam tangan anda. Jika tali berkenaan diikat pada badan, teruskan bernafas secara dalam untuk membolehkan bahagian badan anda mengembang. Lebih banyak ruang yang ada, lebih mudah untuk anda melepaskan diri.

#2 Melepaskan diri daripada diikat dengan menggunakan pita pelekat

Jangan risau, sebenarnya anda boleh mengoyakkan pita pelekat ini dengan mudah. Untuk melakukannya, anda harus menggenggam tangan dengan erat. Kemudian, angkat tangan sehingga ke paras atas kepala dan hempas tangan ke bawah dengan laju dan kuat.

#3 Perhatikan kawasan tubuh badan penjenayah yang lemah

depositphotos

Sudah tentu penjenayah mempunyai kekuatan fizikal yang lebih tinggi berbanding anda. Namun, meskipun anda bertubuh kecil dan kelihatan lemah, jangan jadikannya satu alasan untuk tidak melepaskan diri.

Anda perlu memerhatikan dan menyasarkan anggota badan penjenayah yang lemah. Sebaik sahaja mempunyai peluang, lakukan serangan di kawasan tersebut dan segera larikan diri.

#4 Menggunakan barangan yang ada sebagai pertahanan diri

depositphotos

Kadangkala apabila berlaku insiden seperti ini, kita akan menjadi terkejut dan kaku. Sebaiknya, kekal tenangkan diri anda dan berfikir sebaik mungkin tentang cara untuk menghadapi situasi berkenaan. Gunakan apa sahaja barangan yang ada seperti beg tangan, kasut dan sebagainya untuk melindungi diri.

#5 Simpan penyembur lada di tempat yang selamat

Tiada gunanya memiliki penyembur lada jika anda tidak boleh menggunakannya apabila diperlukan. Justeru, anda harus menyimpan penyembur ini di tempat yang mudah untuk diambil.

#6 Apa yang perlu dilakukan jika tangan dipegang?

Ini merupakan teknik yang dipanggil sebagai ‘peraturan ibu jari’. Jika tangan anda dipegang sebegini, anda hanya perlu memusingkan tangan anda ke arah ibu jari si penyerang. Tetapi pastikan anda melakukan langkah ini dengan cepat dan kemas.

#7 Apa yang perlu anda lakukan jika rambut anda ditarik?

Brightside

Menarik rambut mangsa merupakan salah satu cara untuk menyerang. Pertama sekali, tarik tangan penyerang dengan kedua-dua tangan anda. Ini akan memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap si penyerang. Selepas itu, anda boleh lakukan apa yang patut seperti menyerang celah kelangkangnya untuk meloloskan diri.

#8 Ketika berada di dalam lif

Brightside

Anda tidak tahu individu yang berada di dalam lif bersama-sama anda. Mereka mungkin jahat atau mungkin tidak. Disarankan untuk anda tidak membelakangi mereka sebaliknya bersandar pada dinding lif dan menghadap mereka yang turut berada di dalam lif berkenaan.

#9 Ketika berada di dalam kereta

depositphotos

Jika anda menumpang kereta individu yang tidak dikenali, anda tetap boleh mempertahankan diri dengan melakukan serangan pada kawasan mata, hidung dan juga celah kangkangnya. Duduk di belakang pemandu dan bukan di sebelahnya.

#10 Belajar ilmu asas bantuan kecemasan

Mempelajari bagaimana untuk memberikan rawatan kecemasan merupakan yang penting. Ia membolehkan anda membantu orang yang memerlukan sementara menunggu ketibaan bantuan perubatan.

Sumber: Elite ReadersBrightside

Maybe you're interested :

Share

Video Popular