Oleh kerana kita berasa takut dan tidak mempercayai orang lain dalam dunia yang semakin mencabar ini, kadangkala ia telah menjadi perkara biasa bagi kita untuk memberi respon kepada orang yang dikenali sahaja.

Tyler Opdyke berumur 18 tahun berasal dari Sacramento, California, Amerika Syarikat sedang membantu perniagaan bapa saudaranya Strike Zone Pest Control apabila dia melihat satu dompet kepunyaan seseorang yang tidak dikenalinya di satu kejiranan tempatnya sedang bekerja.

Kredit: Facebook Video Screenshot / Melissa Vang

Tyler mengambil dompet itu dan pergi menghantar ke rumah pemilik dompet tersebut. Tiada siapa yang menjawab apabila dia menekan loceng di pintu rumah tersebut. Tyler melihat terdapat satu kamera litar tertutup di hadapan rumah, menujukkan dompet itu lalu meninggalkannya di depan pintu dan berlalu pergi.

Pemilik rumah, Melissa Vang sebenarnya berada di dalam rumah dan telah melihat Tyler membunyikan loceng di hadapan rumahnya tetapi tidak memberi respon.

Menurut Tyler mengingati perkara itu, “Saya ada mengetuk pintu dalam seminit dua dan mendengar suara anak kecil dan hairan mengapa tiada siapa yang menjawab? Jadi saya cuba mencari jalan lain untuk memulangkan dompet tersebut dan pada waktu itulah saya ternampak kamera di depan rumah tersebut dan masanya bertepatan.”

Oleh kerana Melissa tidak mengenali Tyler, dia hanya membuka pintu apabila Tyler telah beredar. Pada waktu itulah dia menyedari Tyler telah memulangkan dompet suaminya yang mengandungi wang tunai RM6,300 dan beberapa kad kredit.

Kata Melissa, “Ini dompet suami saya! Apabila saya memeriksa kembali rakaman video itu, pemuda itu telah pun beredar.”

Kredit: Facebook Video Screenshot / Melissa Vang

Tyler kemudian kembali semula ke rumah Melissa kerana risau jikalau dia tidak memulangkan dompet itu kepada pemilik yang sebenar. Pada waktu itulah Melissa telah membuka pintu dan menyapanya.

Kata Melissa, “Saya berasa tersentuh dengan kebaikan hati pemuda ini yang dengan jujur telah memulangkan kesemua wang tunai di dalam dompet itu.” Melissa menerangkan yang wang itu sebenarnya akan digunakan untuk mengadakan majlis keraian keluarganya kelak.

Melissa berasa sangat gembira dengan sikap jujur Tyler dan mengucapkan rasa terima kasih kepadanya. Kemudian Melissa telah menularkan kebaikan hati Tyler Opdyke ke dalam ruangan forum Facebook Elk Grove Laguna.

Kredit : Facebook Video Screenshot / Melissa Vang

Melissa menulis “Amat menyedihkan apabila saya tidak mempercayai diri untuk membuka pintu apabila Tyler sedang membuat satu perkara yang mulia. Sangat sedih dengan keadaan dunia yang kita tinggal pada hari ini. Kita mendengar banyak sangat berita buruk dan tidak mempercayai walau satu pun yang baik.”

“Saya rasa kita perlu mengingatkan diri bahawa di luar sana masih terdapat ramai orang yang baik dan berhati mulia. Kebaikan hati Tyler wajar didedahkan.” tegas Melissa di dalam ruangan forum itu.

Dan Tyler Opdyke telah memberitahu Elk Grove Laguna News tentang apa yang dia fikirkan semasa memulangkan dompet itu, “Saya telah terjumpa sebuah dompet dan mendapati wang tunai yang banyak di dalamnya lalu saya berfikir, ‘jika saya menjadi tuan punya dompet ini dan telah kehilangan dompet, apa yang saya mahu harapkan dari orang yang menjumpai dompet ini’, satu perkara mudah yang perlu diikuti.”

Diharap semua orang boleh bersikap jujur seperti Tyler Opdyke maka dunia ini akan menjadi lebih baik dan aman untuk diduduki.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular