Telur separuh masak semestinya sarapan yang digemari oleh ramai orang. Pasti ramai yang tertanya-tanya cara kedai makan menyediakan telur separuh masuk yang gebu dan cukup-cukup masak, tidak cair sangat dan tidak pejal seperti telur rebus.

Jadi, apakah ‘rahsia’ di sebalik telur separuh masak yang disediakan di kedai? Berikut adalah cara-cara dan teknik yang betul untuk buat telur separuh masak anda sama seperti di kedai makan:

#1. Didihkan air

Rebuskan air di dalam periuk, pastikan paras air di dalam periuk mencukupi untuk telur tenggelam sepenuhnya. Jika tiada periuk, boleh juga gunakan cerek.

#2. Padamkan api dan masukkan telur

Setelah air sudah mendidih dan menggelegak, padamkan api dapur gas. Masukkan telur di dalam periuk, pastikan telur sudah dibasuh terlebih dahulu.

#3. Tetapkan masa selama 7 minit

Ini yang menentukan adakah telur separuh masak anda menjadi atau tidak. Ramai yang tidak tetap masa yang tepat dan hanya mengagak masa sendiri.

Boleh gunakan telefon pintar anda untuk menetapkan masa supaya tidak terlupa.

#4. Siap!

Apabila sudah cukup 7 minit, angkat telur keluar daripada periuk cepat-cepat. Jika lambat, potensi untuk telur terlebih masak mungkin akan terjadi.

Ini hasilnya, boleh tambahkan kicap dan serbuk lada hitam secukup rasa 

Sumber: Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Resipi

Video Popular