Benarlah tindakan lelaki ini, daripada menghabiskan wang untuk merosakkan paru-parunya, adalah lebih baik untuk mengumpul wang itu bagi digunakan untuk percutian seisi keluarga.

Seorang suami dari Taiwan baru-baru ini berkongsi di laman Facebook tentang ‘perjuangan’nya dalam usaha untuk berhenti merokok. Pada hari pertama anak sulungnya dilahirkan, dia berjanji bahawa dia tidak akan merokok lagi. Hal ini kerana dia mahu menyediakan persekitaran yang sihat dan bebas asap rokok buat anaknya.

Dia juga mahu menjadi model contoh yang positif buat anaknya kelak. Pengguna di media sosial juga tidak dapat menafikan bahawa dia sememangnya merupakan ketua keluarga terbaik!

“Saya akan menyimpan wang yang lazimnya saya gunakan untuk membeli rokok. Setiap kali ketagihan itu muncul, saya akan menyimpan NT$50 (RM6),” jelasnya.

China Press

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, anda boleh lihat syiling yang dikumpul dalam tempoh setahun yang bernilai lebih NT$60,000 (RM7,900).

China Press

Selepas berjaya berhenti merokok, dia perasan akan perubahan positif terhadap kesihatannya dan dia juga bercadang untuk menggunakan wang berkenaan untuk membawa isteri dan anak-anaknya bercuti.

Menurutnya, jika tiada wang yang dapat disimpan sekalipun, dia masih lagi akan berhenti merokok kerana kesihatan adalah lebih berharga daripada wang. Jadi buat perokok di luar sana, sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

Sumber: China Press

Maybe you're interested :

Share

Video Popular