Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui dua ekor anak harimau bintang salji yang sedang bersembunyi di sebuah gua yang terletak di Mongolia. Sebaik sahaja pengkaji ini memegang anak harimau itu, si kecil ini terus membuka mulutnya sebagai satu langkah pertahanan.

Beberapa bulan sebelumnya, para penyelidik ini telah menjejaki ibu harimau bintang salji berkenaan menerusi kolar GPS. Jadi, apabila si ibu keluar untuk mendapatkan makanan buat anak-anaknya, mereka mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan dua ekor bayi comel itu.

Penyelidik turut memasukkan alat pengesan di dalam badan anak harimau itu serta memasang beberapa kamera di kawasan sekitar supaya mereka dapat terus menjejaki spesies ini.

Dengan usaha dan bantuan untuk melindungi harimau bintang salji, diharap agar kesemua haiwan ini dapat terus membesar bersama menjadi harimau bintang salji dewasa yang sihat dan kuat!

Dokumentari itu kemudiannya dimuat naik ke YouTube dan menerima lebih daripada 500,000 tontonan! Majoriti netizen turut menyuarakan pandangan masing-masing dan memuji tindakan penyelidik-penyelidik ini.

“Kami harap generasi seterusnya masih dapat melihat makhluk ini,” komen seorang netizen.

National Geographic Magazine/Youtube

Sumber: Happy ShareNational Geographic Magazine/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular