JERTIH – Pasangan suami isteri, Nasarudin Mohamed dan Sanidah Bakron yang memulakan perniagaan menjual anak pokok dengan harga RM1, berjaya menjana pendapatan lumayan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.

Nasarudin yang berusia 48 tahun berkata bahawa sudah menjadi cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan walaupun sebelum ini dia bekerja di Johor Bharu.

“Selepas bekerja selama 10 tahun di Johor Bharu bagi mengumpul modal untuk memulakan perniagaan, saya pulang semula ke kampung halaman untuk mula bercucuk tanam,” jelasnya.

Pada awalnya, dia hanya menjual pokok-pokok yang kerap digunakan sebagai bahan masakan masyarakat di Malaysia seperti kunyit, cili, lengkuas dan pelbagai jenis sayuran di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Bakat, Jabi.

NSTP

“Selepas beberapa ketika, saya terfikir kenapa orang lain tidak boleh menanam seperti saya yang hanya menggunakan kawasan terhad sekitar rumah saja dan daripada situlah timbulnya idea untuk menjual anak pokok terutama tanaman untuk bahan masakan,” katanya.

Dia juga tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan tentang penanaman dan penjagaan pokok kepada para pelanggannya. Kesediaannya untuk berkongsi pengetahuan menjadikan dia sering menjadi pilihan para pelanggannya.

Selain menjual anak pokok di rumah, dia juga membawa anak pokoknya untuk diniagakan di pasar berdekatan. Difahamkan bahawa dia menjualnya kira-kira RM2 untuk setiap anak pokok.

“Terdapat juga beberapa vendor yang akan membeli anak pokok daripada saya pada harga RM1 untuk setiap bekas dan menjualnya dengan harga RM2. Saya tidak bercadang untuk menaikkan harga kerana saya mahu semua orang mendapat peluang untuk menjana wang,” katanya.

Isterinya yang berusia 43 tahun, Sanidah berkata selain daripada pokok-pokok yang dinyatakan, mereka juga turut menjual spesies-spesies pokok yang jarang didapati seperti senduduk putih yang mempunyai pelbagai manfaat khususnya dalam aspek kesihatan.

NSTP

“Kini, kami bukan sahaja mempunyai pelanggan daripada dalam negara, bahkan di luar negara juga,” jelasnya.

Dr. Azman Ibrahim daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sesiapa yang teringin dan mahu menceburi perniagaan dalam bidang agrikultur, lebih-lebih lagi di negeri Terengganu, boleh dikatakan tiada persaingan.

teganukita

Difahamkan juga bahawa sawah padi di Terengganu juga mampu membekalkan bekalan sebanyak 50% daripada 1.2 juta rakyat manakala penternakan lembu dan ayam dapat memenuhi 30% daripada jaminan makanan.

Sumber: teganukita, mymetro

Maybe you're interested :

Share

Video Popular