Pakar haiwan dari Universiti Kyoto Jepun telah menyediakan sebuah video umum yang bukannya mengenai kucing tetapi untuk haiwan itu melihatnya sendiri dan mempelajari sesuatu daripadanya.

Disebabkan kucing adalah haiwan yang paling banyak terlibat dengan kemalangan jalan raya saban hari, maka pakar haiwan berpendapat, kucing-kucing perlu didedahkan tentang keselamatan lalu lintas khas supaya mereka selamat ketika berada di jalan raya.

Menariknya, semua pihak yang terlibat dalam pembikinan video tersebut memakai kostum kucing dan membuat suara kucing. Mereka menggunakan ‘bahasa kucing’ supaya kucing dapat memberi perhatian terhadap video tersebut dan mempelajari akan undang-undang lalu lintas.

Pakar haiwan juga telah memasukkan bunyi burung berkicauan, bunyi tikus supaya kucing-kucing itu terpedaya dan menyangka makanan kegemaran mereka bersembunyi disebalik skrin dan membuatkan kucing-kucing itu terus menonton video tersebut.

Video itu mengandungi banyak pergerakan untuk menarik perhatian kucing supaya melihatnya. Terdapat banyak tanda bahaya yang diketengahkan supaya kucing-kucing di luar sana lebih peka terhadap keadaan di sekeliling mereka.

Berhenti!

Jangan melompat keluar di jalan raya secara tiba-tiba!

Jangan duduk di atas penutup lurang

Walaupun video tersebut direka untuk kucing, namun sari kata disediakan supaya manusia faham akan kelakuan kucing dan sama-sama pelajari tentang keselamatan lalu lintas bagi seekor kucing.

Manusia harus sedar bahawa tindakan membunyikan hon kenderaan serta menggunakan lampu suluh tinggi kereta hanya akan memeranjatkan kucing dan membuatkan kucing melompat tanpa arah. Oleh itu, pemandu harus memperlahankan kenderaan masing-masing dan memberi jalan kepada kucing untuk melintas.

Tunjukkan video ini kepada kucing anda supaya mereka juga dapat mempelajari keselamatan lalu lintas.

YellowHat channel/Youtube

Sumber: SORANEWS24YellowHat channel/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular