Menurut kajian, memori seekor kucing dikatakan lebih kuat daripada seekor anjing. Memori jangka masa pendek kucing adalah 16 jam manakala bagi seekor anjing adalah selama 5 minit.

Namun, kucing lebih memilih untuk mengingati sesuatu perkara, kerana kucing hanya ingat apa yang berguna bagi mereka.

Kucing juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memburu, dan memiliki keupayaan deria yang tinggi. Walaupun tidak sepintar anjing, kucing juga cepat dalam menyesuaikan diri dan mempelajari sesuatu kemahiran baru.

Ini dapat dibuktikan oleh seekor kucing milik Gabby Tropea dari Austin, Texas. Baru-baru ini, Gabby meninggalkan kucingnya yang bernama Boko di rumah, sementara dia keluar untuk menghantar adiknya, Isabelle ke sekolah.

gabbytropea|Instagram

Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila dia pulang ke rumah. Dia lupa membawa kunci rumahnya dan Isabelle telah mengunci pintu belakang.

“Boko dapat mendengar saya dan mula menjerit di pintu depan dan mencakar pintu tersebut,” kata Gabby kepada Bored Panda.

“Jadi saya pergi ke bahagian belakang rumah dan Boko turut mengikut saya duduk di hadapan pintu kaca itu. Saya terus menghantar video kepada Isabelle untuk memberitahu bahawa dia telah mengunci saya. Saya tahu dia akan pulang ke rumah kira-kira sejam, jadi saya akan menunggu tetapi apabila saya melihat batang kayu di pintu, saya mula mengetuk pintu kaca itu,” jelas Gabby.

“Boko mula menggosokkan kepalanya di kayu tersebut yang menyebabkan saya terus menggalakkannya untuk. Kemudian Boko terus menolak batang kayu itu dan akhirnya berjaya mengalihkan kayu itu daripada pintu. Ia merupakan perkara yang luar biasa,” tambah Gabby.

Semuanya terjadi dalam hanya kira-kira 10 minit, tetapi Gabby berjaya merakam video kepintaran Boko itu, dan videonya telah mendapat lebih dari 6 juta tontonan di Twitter. “Anda boleh tahu bahawa Boko memahami apa yang saya katakan. Boko benar-benar mahu saya masuk ke dalam rumah,” kata Gabby.

Gabby berkata dia menemui Boko di bawah bangku di universitinya pada bulan September lalu, dan sejak itu mereka tidak dapat dipisahkan.

gabbytropea|Instagram

“Ketika saya sedang berjalan-jalan di kampus pada tengah malam, saya terdengar seperti seorang wanita menjerit,” katanya. Rupa-rupanya ia adalah seekor anak kucing yang berusia lapan minggu. Boko kelihatan sakit dan Gabby dengan segera membawanya berjumpa doktor haiwan. Sejak itu, mereka tidak dapat dipisahkan.

gabbytropea|Instagram

Sumber: Bored PandaGabby Tropea/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular