Masihkah anda ingat pada gula-gula White Rabbit yang seringkali menjadi kegemaran setiap kanak-kanak pada zaman dahulu? Rasanya yang manis berkrim pastinya membuatkan kita kembali mengingati nostalgia lama semasa zaman kanak-kanak.

Namun, tahukah anda bahawa kini gula-gula White Rabbit ini telah berevolusi dan dijadikan sebagai perisa aiskrim! Wah, teruja pula apabila mendengar perkhabaran ini.

Akan tetapi, dukacita dimaklumkan bahawa aiskrim berperisa ‘kenangan zaman kecil’ ini hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja!

Menurut Mothership, sebuah kedai menjual aiskrim di Los Angeles iaitu Wanderlust Creamery telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi akaun Instagram dan juga Facebook mengenai aiskrim berperisa gula-gula White Rabbit itu.

“Jangan risau, kami sudah menanggalkan kertas beras yang menjengkelkan itu untuk anda. SEMBILAN HARI SAHAJA untuk merasai kolaborasi perisa @foodbeast dan @wanderlustcreamery, yang diinspirasikan daripada gula-gula klasik Shanghai – White Rabbit. Aiskrim ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak dengan satu-satunya rasa susu yang enak dan unik.”

 

View this post on Instagram

 

When you’re a kid, the significance of Mid-Autumn Festival can sometimes go over your head. Luckily there was always a ton of white rabbit candy to hold your interest at family gatherings and community events. Inspired by these chewy milk candies, we made a condensed milk, butter, and vanilla ice cream that tastes just like the real thing! Why are white rabbit candies an iconic part of Mid-Autumn Festival? Obviously for the Jade Rabbit that lives on the moon with the Moon Goddess! #Ottawa #smallbatch #icecreamfromscratch #icecreamcone #wafflecone #whiterabbiticecream #whiterabbitcandy #jaderabbit #midautumnfestival #milkcandy #buttervanilla #condensedmilkicecream #vanillaicecream #cantonesekitchen #大白兔奶糖 #中秋節 #MooShuIceCream #icecreameverything #icecreamdate

A post shared by Moo Shu Ice Cream & Kitchen (@mooshuicecream) on

Meskipun promosi ini menerima respon yang hebat daripada ramai penggemar gula-gula tersebut, ianya hanya akan berlangsung selama 9 hari sahaja…

Untuk pengetahuan anda, Wanderlust Creamery juga sentiasa mendapat sumber inspirasi bagi menghasilkan pelbagai perisa aiskrim menarik menerusi sesi jelajah ke seluruh dunia.

Malah, mereka turut pernah menghasilkan aiskrim berperisa mangga setelah mengunjungi negara Filipina. Lihatlah hasil aiskrim rekaan mereka… Sungguh menggoda dan membuatkan kita kecur air liur!

 

hanhgry

Diharap selepas ini Wanderlust Creamery akan berkunjung ke Malaysia dan menghasilkan perisa aiskrim unik yang bukan sahaja mengagumkan tapi juga membuatkan kita menginginkannya setiap masa!

Sumber: wonderlustcreameryMothership

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular