Mengenang kembali tragedi yang menimpa ibu kucing Scarlett dan lima ekor anaknya pada 30 Mac 1996 memang cukup menyayat hati.

Ketika itu mereka sekeluarga terperangkap di garaj terbiar apabila sebuah rumah usang di Brooklyn terbakar.

Dailymotion

Mujurlah Jabatan Bomba Bandar New York memadamkan api kebakaran tersebut dengan pantas. Apabila api berjaya dikawal, David Giannelli salah seorang anggota bomba yang berada di tempat kejadian, menyedari Scarlett sedang membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari garaj.

Purrworld

Scarlett terbakar dengan teruk ketika menyelamatkan anak-anaknya. Matanya menggelembung teruk dan tertutup, telinga, kaki dan bulunya turut terbakar. Apa yang lebih teruk dan serius ialah wajahnya turut terbakar.

Natureknows

Selepas berjaya menyelamatkan semua anaknya, Scarlett mencium semua anaknya dengan hidungnya untuk memastikan bahawa mereka semua selamat kerana lepuh pada matanya menghalang Scarlett daripada melihat dengan jelas. Hanya selepas memastikan mereka semua selamat, baharulah Scarlett jatuh pengsan.

Scarlett dan seluruh keluarganya segera di bawa ke klinik haiwan North Shore Animal League di Port Washington, New York untuk dirawat. Seekor anaknya mati akibat jangkitan kuman sebulan selepas kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas tiga bulan dirawat dan melalui proses pemulihan, Scarlett dan anak-anaknya yang tinggal berada dalam keadaan cukup sihat untuk dipelihara.

Natureknows

Namun, pada 15 Oktober 2008, Scarlett ibu kucing yang cukup berani itu akhirnya mati akibat menderita beberapa penyakit selepas 12 tahun hidup bersama keluarga angkatnya di Brooklyn, New York.

YouTube

Kami tidak akan melupakan awak, Scarlett yang disayangi.

Kristinsorra

Kisah mengenai Scarlett:

Sad Useless | YouTube

Sumber: PAWS PLANET , Sad Useless | YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular