Mana-mana ibu bapa akan berkata bahawa mereka sanggup bergadai nyawa mereka sekalipun untuk anak-anak mereka dan itulah yang hampir dilakukan oleh Angel Fiorini.

Dia hampir mati  ketika menyelamatkan tiga orang anaknya ketika berlakunya kebakaran di rumah mereka.

Angel terjaga pada sekitar tengah malam kerana tidak dapat bernafas dan menyedari bahawa rumahnya sedang ‘diselubungi’ asap tebal.

DailyMail

Dia kemudian meraih dua orang anak kecilnya, Vinnie, 4, dan Rosalie, 2 dan berlari ke luar untuk menyelamatkan diri. Dia kemudian berlari kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 8 tahun, Gianna. Teman lelaki Angel, yang merupakan bapa kepada anak-anaknya tiada di rumah ketika itu.

People

“Pada ketika itu, asap sangat tebal dan begitu hitam dan api marak dengan cepat dan saya tidak tahu bagaimana saya akan masuk ke sana,” katanya.

“Tidak mungkin saya akan berdiri di luar rumah dan hanya melihat anak saya terbakar di dalam. Tiada orang yang boleh diminta tolong dan saya sedar hanya saya sahaja yang tahu anak saya ada di dalam rumah dan menunggu bukanlah satu pilihan.”

Angel kemudian mengheret anak perempuannya dari bilik ke pintu depan. Kulitnya ketika itu mula melecur semasa memegang tombol pintu. Hampir seluruh tubuh Angel dan Gianna mengalami luka kebakaran yang sangat serius.

People

Angel hampir meninggal dunai semasa proses pemulihan selepas mengalami radang paru-paru dan menderita pulmonary embolism. Proses pemulihan adalah sebuah proses yang lama dan begitu menyakitkan. Mujurlah orang-orang di sekitar sangat memahami dan membantu keluarga malang ini untuk mendapatkan kereta, perabot dan rumah bergerak yang baharu.

Akaun gofundme kemudian dibuka untuk mendapatkan wang bagi membantu keluarga ini membina semula kehidupan mereka selepas kejadian tersebut.

People

Walaupun mereka telah bersama selama 15 tahun, teman lelaki Angel akhirnya memutuskan untuk mereka berkahwin.

“Ia adalah kejutan yang luar biasa,” kata Angel kepada DailyMail. “Selepas semua yang telah kami lalui, saya fikir ia telah membuatkan Aaron berfikir bahawa kami perlu berkahwin akhirnya.”

“Hari itu sangat emosional. Kami bukan sahaja meraikan perkahwinan kami tetapi juga meraikan saya dan Gianna yang kuat bertahan. Dapat berada disamping keluarga kami adalah sebuah keajaiban,” tambahnya lagi.

Sumber: PARENTING ISN’T EASYPeople

Maybe you're interested :

Share

Video Popular