Kita sering mendengar mengenai ‘kawan bayangan’ yang dialami oleh segelintir kanak-kanak. Bagi kebanyakan ibu bapa, mengetahui anak mereka mempunyai kawan bayangan atau imaginary friend ini adalah satu perkara yang membimbangkan…

Kita akan menjadi takut dan risau apabila melihat anak bercakap seorang diri. Namun, kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami situasi ini adalah kanak-kanak yang kreatif dan gemar bersosial.

Inilah yang terjadi kepada Helen Edwards. Helen mendakwa sering bercakap dengan rakan bayangannya setiap kali dia merasa sedih. Ibunya dikhabarkan mengalami kemurungan sementara bapanya pula seorang pendera.

Daily Mail

Setiap kali bapanya pulang ke rumah dalam keadaan marah, ibu bapanya akan bergaduh. Justeru, Helen menenangkan diri dengan berbual bersama rakan bayangan yang dianggap sebagai ‘kakak rahsianya’.

Sementara itu, Jenny Lee Smith pula adalah seorang kanak-kanak yang bertuah dan menikmati zaman kanak-kanak dengan penuh keriangan sehinggalah satu kebenaran telah terbongkar. Dunia Jenny berubah dalam sekelip mata apabila sepupunya memberitahu dia sebenarnya adalah anak angkat dalam keluarga itu.

Daily Mail

Jenny telah menanyakan kebenaran hal tersebut kepada kedua ibu bapanya dan mereka mengesahkan kenyataan itu. Meskipun begitu, Jenny sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang sejati daripada kedua ibu bapa angkatnya. Akan tetapi, jauh di sudut hati, Jenny merasakan ada sesuatu yang hilang lantas mengambil keputusan untuk mencari keluarga kandungnya…

Setelah sekian lama, Jenny akhirnya menemui ibu kandungnya iaitu Mercia. Namun, Mercia enggan menemui Jenny dan hal ini menyebabkan Jenny berasa amat sedih dan kecewa. Tetapi, Jenny tetap enggan mengalah.

Pada kali kedua pertemuan mereka, akhirnya Mercia menangis dan meminta kemaafan daripada anaknya itu. Mercia menceritakan bahawa dia terpaksa menyerahkan Jenny kepada keluarga lain kerana kesulitan hidup.

helenandjenny.co.uk

“Ibu asyik menyebut anaknya Helen akan kembali dan dia berkeras tidak mahu Helen tahu tentang saya,” kata Jenny.

Selepas Mercia meninggal dunia pada tahun 2004, Jenny meneruskan usaha untuk mencari Helen. Menerusi laman sesawang Genes United yang membantu menemukan semula ahli keluarga yang terpisah, Jenny berjaya menghubungi Helen.

Kedua-duanya kemudian bersetuju untuk mengatur pertemuan bertentang mata dan pada saat mereka melihat antara satu sama lain, segala-galanya terus berubah.

“Kami terus terpaku. Saya rasa seperti melihat diri saya sendiri,” kata Jenny ketika bertemu Helen di hotel Newcastle pada tahun 2007.

Pada awalnya, mereka menyangkakan mereka adalah adik-beradik tiri. Namun, setelah menjalani ujian DNA, disahkan bahawa mereka merupakan pasangan kembar tidak seiras.

Kini, setelah 50 tahun terpisah, kedua-dua Jenny dan Helen enggan menjadikan apa jua alasan untuk menjauhkan hubungan mereka. Mereka sering meluangkan masa bersama-sama bagi menggantikan memori yang telah hilang.

GenesReunitedYT/Youtube

Sumber: Elite ReadersGenesReunitedYT/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular