Jurugambar Dani Leigh dan ibunya tiba-tiba mendapat idea yang sungguh kreatif apabila membuat keputusan merakamkan tumbesaran bayi yang baru dilahirkannya selama 12 bulan. Apa yang agak lucu dan menceriakan, si kecil Lorenzo telah dirakamkan gambarnya bersama sekotak piza dengan pelbagai rasa yang telah dibeli secara rawak. Idea bernas dan kreatif yang  mempunyai makna di sebaliknya.

danileighphotography/Facebook

Dani berkata, “Apabila saya berbincang dengan ibu, kami berfikir apa objek yang boleh dikaitkan dengan nama Lorenzo yang berbunyi Itali. Kami memikirkan beberapa idea sehingga mendapat idea piza ini. Lagipun selepas merakam gambar, kami boleh menikmati makan malam dengannya bersama-sama.”

danileighphotography/Facebook

Kata Dani lagi, “Kami mencuba pelbagai perasa piza yang dipilih selama 12 bulan dan merakamnya bersama Lorenzo. Kini setelah 12 bulan, kami sudah mengetahui piza kegemaran kami iaitu perasa ayam barbeku. Ia sungguh lazat!”

1 Bulan

danileighphotography/Facebook

2 Bulan

danileighphotography/Facebook

3 Bulan

danileighphotography/Facebook

4 Bulan

danileighphotography/Facebook

5 Bulan

danileighphotography/Facebook

6 Bulan

danileighphotography/Facebook

7 Bulan

danileighphotography/Facebook

8 Bulan

danileighphotography/Facebook

9 Bulan

danileighphotography/Facebook

10 Bulan

danileighphotography/Facebook

11 Bulan

danileighphotography/Facebook

12 Bulan

danileighphotography/Facebook

Sambutan hari jadi yang pertama.

danileighphotography/Facebook

Lorenzo yang comel dan sentiasa ceria.

danileighphotography/Facebook

Lorenzo bersama ibu bapanya dan abang, Charlie.

danileighphotography/Facebook

Dani Leigh meninggalkan pesan, sekiranya ada ibu bapa ingin merakamkan memori melihat bayi mereka membesar selama 12 bulan bersama sekotak piza, sila beli pemotong piza yang baik kerana katanya, tidak semua kedai piza akan memotong piza kepada 12 bahagian.  Nasihatnya lagi, laburkan wang dan masa anda dalam merakamkan fotografi keluarga seperti ini kerana masa itu akan berlalu dengan pantas, dan anak anda sudah pun membesar melebihi sekotak piza.

Sumber : danileighphotography/Facebook , Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular