Sepasang suami isteri telah pergi bercuti sambil menikmati bulan madu buat kali kedua dengan menaiki kapal persiaran mengelilingi dunia, dan meninggalkan anak di rumah.

Malangnya, kapal persiaran itu mengalami kemalangan akibat cuaca buruk. Dalam keadaan kelam-kabut, pasangan ini bertindak untuk menyelamatkan diri dengan menaiki bot penyelamat yang disediakan.

Malangnya hanya terdapat satu tempat kosong sahaja di dalam bot penyelamat itu. Suami ini telah turun ke dalam bot penyelamat itu dan membiarkan isterinya karam bersama kapal yang sedang tenggelam itu.

Isteri ini kekal berada di dalam kapal persiaran yang sedang tenggelam dan menjerit kepada suaminya buat kali terakhir dengan berkata…

pngtree/Gambar Hiasan

Seorang guru berhenti bercerita kisah di atas dan bertanya kepada para pelajarnya di dalam kelas itu, “Baik, Mari kita teka. Apa yang telah dijeritkan oleh isteri ini kepada suaminya?”

Kebanyakan pelajar menjawab, “Saya benci kamu! Mata dan hati saya telah dikaburi oleh cinta kamu yang palsu!”

Guru ini kemudian melihat seorang pelajar pendiam yang duduk di belakang dan bertanya kepadanya. Pelajar ini menjawab, “Cikgu, saya percaya isteri ini telah menjerit kepada suaminya dengan berkata, ‘Tolong jaga anak kita dengan baik!’.”

aquanauta/Gambar Hiasan

Guru ini berasa terkejut mendengar jawapan itu dan bertanya kepada pelajar ini, “Kamu pernah dengar cerita ini sebelum inikah?”

Pelajar ini menggelengkan kepalanya dan berkata, “Tidak pernah. Tetapi sebelum ibu saya meninggal dunia kerana sakit, dia telah berpesan dengan perkataan yang sama kepada ayah saya…”

Guru ini menjadi begitu kagum lalu memuji pelajar ini dengan berkata, “Jawapan kamu itu sungguh cemerlang dan tepat sekali!”

airfreshener/Gambar Hiasan

Berbalik kepada kisah itu, guru ini bercerita kapal persiaran itu telah karam dan suami ini pulang dengan membawa berita buruk tentang kematian isterinya kepada anak perempuannya dan membesarkan anak ini seorang diri.

Tidak lama selepas itu, bapa ini meninggal dunia dengan anak perempuannya sentiasa menuduh bapa ini yang telah menyebabkan kematian ibunya. Ketika membersihkan bilik bapanya, anak perempuan ini telah menemui sebuah diari kepunyaan bapanya dan akhirnya anak perempuan ini mengetahui perkara sebenar mengenai kemalangan itu.

stocksnap/Gambar Hiasan

Rupa-rupanya, semasa ibu bapanya pergi bercuti dengan menaiki kapal persiaran itu, ibunya sudah didiagnos dengan satu penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Ketika saat kapal itu sedang tenggelam, bapa ini telah pergi mendapatkan tempat kosong terakhir di dalam bot penyelamat itu sambil berkata kepada isterinya, “Saya mahu karam bersama kamu di dalam kapal ini. Akan tetapi, demi anak kita, saya hanya mampu membiarkan kamu karam bersendirian sehingga ke dasar lautan yang sejuk ini.” Si bapa menulis segala penyesalannya mengenangkan peristiwa itu bersendirian di dalam diari ini dan membawa bersamanya sehingga akhir hayat.

theclubtravel/Gambar Hiasan

Anak perempuan pasangan suami isteri ini kemudian tidak dapat menahan air matanya daripada terus mengalir mengenangkan pengorbanan kedua orang tuanya selepas membaca diari itu. Semuanya kerana salah faham dan dia menyalahkan bapanya atas kematian ibunya.

Guru ini kemudian menghabiskan ceritanya dan kesemua pelajar di dalam kelas itu terdiam.

Guru ini tahu mereka semua memahami moral yang ingin disampaikan di dalam kisah ini. Dalam dunia ini terdapat perkara baik dan buruk. Kadang kala kita mengalami situasi yang amat rumit dan sukar sehingga tidak dapat membezakan perkara yang buruk dan baik. Kita tidak patut berfikiran dan membuat kesimpulan dengan mudah setelah melihat perkara itu di permukaan sahaja dan tidak menyelidik secara mendalam.

Kita tidak seharusnya membuat keputusan menurut andaian tanpa berfikir dengan tidak membuat penyiasatan terlebih dahulu. Dan kita tidak sepatutnya mengadili orang lain tanpa mengambil inisiatif untuk mengenali mereka terlebih dahulu. Jangan mengadili isi sebuah buku dengan hanya melihat kepada kulitnya.

helmholtz/Gambar Hiasan

Kepada mereka yang suka membayarkan makanan orang lain, tidak bermakna mereka itu kaya tetapi mungkin dia mungkin menghargai persahabatan lebih daripada nilai wang.

Kepada rakan sekerja yang suka mengambil inisiatif dengan bekerja lebih masa, tidak bermakna dia itu bodoh atau lurus bendul, tetapi mungkin dia memahami akan erti tanggungjawab.

Kepada mereka yang suka meminta maaf selepas bergaduh atau bertekak dengan orang lain, tidak bermakna dia itu mengaku bersalah tetapi sebenarnya lebih menghargai nilai diri dan orang lain di sekelilingnya.

Kepada mereka yang sanggup membantu anda, tidak bermakna dia telah terhutang budi kepada anda tetapi mungkin kerana dia menganggap anda sebagai sahabat sejati.

Kepada mereka yang suka menghantar mesej kepada anda di dalam telefon dengan kerap, tidak bermakna dia ini tidak ada kerja lain yang lebih baik untuk dilakukan tetapi mungkin kerana dia ini sedang merindui anda.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular