Kereta reka bentuk seperti Volkswagen ini bergerak menggunakan tenaga solar, boleh memuatkan dua orang dan kelajuan maksimum sehingga 40km/j. Ia telah dicipta oleh pelajar 17 tahun di daerah Y Yen, Wilayah Nam Dinh.

Ngo Viet Cuong merupakan pelajar pintar di Sekolah Tinggi Tong Van Tran. Sejak kecil lagi, ibu bapanya telah menyediakan garaj untuknya kerana minatnya terhadap kereta.

Pada suatu hari, Cuong datang dengan idea untuk mencipta dan memasang sebuah kereta yang dikuasakan dengan tenaga solar, dibina daripada bahan terpakai dengan reka bentuk elegan yang direka bentuk olehnya sendiri.

Pemasangan sebuah kereta bertenaga solar menjadi agak mudah untuk Cuong kerana keluarganya memiliki garaj pembaikan kereta. Selepas beberapa lama berhempas pulas, dia akhirnya berjaya memasang kereta bertenaga solar dengan reka bentuk seakan-akan model legenda Volkswagen Jerman yang bergaya.

Untuk memasang kereta ini, Cuong mengambil masa tiga bulan di garaj yang lengkap dengan peralatan. Cuong bantuan abangnya untuk pergi ke kedai-kedai mesin di sekitar bandar-bandar Nam Dinh, Thai Binh dan Ninh Binh untuk mencari enjin yang sesuai serta bahagian-bahagian lain yang diperlukan.

Selepas berbulan-bulan bekerja keras, Cuong telah berjaya membina sebuah kereta yang menarik berwarna merah. Kereta tersebut menggunakan motor elektrik, boleh dicas semula dengan tenaga solar. Kenderaan ciptaannya memiliki sistem stereng lengkap dan penyerap hentakan.

Selain itu, Cuong juga memberi tumpuan kepada kekemasan bahagian dalam kereta. Tempat duduk dibalut dengan kulit berwarna coklat dan hitam. Bahagian dalam kereta juga direka sistem audio yang boleh menggunakan kad memori atau Bluetooth seperti kereta biasa.

Cuong berkata: “Pada masa lapang saya, saya melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang kereta, terutamanya mengenai reka bentuk dan enjin. Dari awal tahun 2018,  saya mula melaksanakan idea itu dengan melukis reka bentuk pertama, yang diilhamkan oleh gaya model kereta klasik Volkswagen Beetle”.

Nguyen Thi Lan – Guru Fizik, Sekolah Tinggi Tong Van Tran, dan merupakan ketua guru kelasnya, berkata: “Jika bercakap tentang pembelajaran, Cuong bukan pelajar kelas terbaik, tetapi Cuong merupakan pelajar yang pintar dan dinamik. Pada masa lalu, terdapat “Inovasi Sains di Nam Dinh”, malangnya, produk Cuong tidak dapat dibina sepenuhnya tepat pada waktunya, yang membuatkan mereka tidak dapat mendaftarnya.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular