Richard Clayderman amat dikenali pada era tahun 70-an dan 80-an sebagai seorang pemain piano popular yang mempunyai kemahiran mengalun jari-jemari dengan alunan melodi indah sehingga mampu membuai perasaan para peminatnya. Pemain piano legenda yang menjadi inspirasi kepada pemain piano pada hari ini untuk menghasilkan karya yang kekal di ingatan dan tidak luput dengan peredaran zaman.

Karya terkenal Richard Clayderman, ‘Ballade pour Adeline’ terus kekal menjadi melodi klasik paling popular yang sering menjadi rujukan buat pemain piano sehingga hari ini. Ramai peminat yang masih menjadikan Richard Clayderman sebagai idola dalam permainan piano mereka.

Nama sebenar Richard Clayderman ialah Philippe Robert Louis Pagès yang dilahirkan di Paris, Perancis pada 28 Disember 1953. Richard Clayderman dikenali sebagai antara pemain piano paling berjaya di dunia dengan jualan album sebanyak 70 juta salinan bersama anugerah 267 album emas di seluruh dunia dan 70 anugerah muzik. Richard Clayderman begitu dikagumi dengan bakat luar biasanya yang mampu menarik perasaan para peminat dengan alunan muziknya yang indah dan berirama romantik.

Sepanjang kariernya, Richard Clayderman telah membuat persembahan dalam lebih 600 konsert di seluruh dunia. Bagi mereka yang pernah melalui era 70-an dan 80-an mungkin akan mengenali Richard Clayderman yang juga pernah popular dengan lagu-lagu klasik dengan gubahan semula di dalam albumnya seperti Clair de Lune, Love Story, Moon River, My Way, Melody Dolannes, Don’t Cry For Me Argentina dan banyak lagi.

Rakaman video pada tahun 1976 ini sudah pasti akan menghimbau kenangan. Richard Clayderman yang kacak memainkan karya klasik paling popular, ‘Ballade pour Adeline’.

Loganbr 2015/Youtube

Sumber : Bles InspiradorLoganbr 2015/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular