Jepun sememangnya dikenali sebagai antara negara berhemah tinggi serta paling selamat di dunia. Akan tetapi, ini tidak bermakna perbuatan jenayah itu tidak wujud. Masih terdapat kes samun, kecurian, perbuatan khianat dan rompakan yang berlaku walaupun kadarnya amat rendah.

Untuk menjaga kawasan kejiranan daripada dicerobohi penjenayah, beberapa langkah keselamatan dan pencegahan jenayah yang biasa kita lihat ialah dengan memelihara anjing dan melaburkan sedikit wang bagi memasang pintu dan tingkap kediaman dengan ciri keselamatan serta meletakkan kamera CCTV.

Untuk menambah keberkesanan kepada langkah keselamatan itu adalah lebih baik sekiranya kamera CCTV diletakkan bersama kepala patung peraga seperti yang dilakukan oleh pemilik kediaman di kawasan kejiranan di Jepun ini.

@omott_/Twitter

Seorang netizen bernama @omott_ telah memuat naik gambar di dalam akaun Twitter yang menunjukkan seorang pemilik kediaman mempunyai idea yang sangat unik dan pelik lagi menakutkan dalam langkahnya untuk membendung kejadian jenayah di kawasan kejiranannya iaitu dengan meletakkan kepala patung peraga yang mengintai bakal penjenayah.

@omott_/Twitter

Kepala patung peraga telah diletakkan di kawasan kejiranan ini berikutan beberapa kejadian jenayah kecurian yang telah berlaku. Dengan meletakkan kepala patung bersama kamera keselamatan yang terapung di udara seperti ini, ia akan menakutkan dan mengejutkan pencuri terutama ketika waktu malam.

@omott_/Twitter

Sebuah papan tanda dilekatkan di dinding bersebelahan kepala peninjau itu yang berbunyi, “Kamera keselamatan sedang memerhatikan anda. Perbuatan curi dan samun itu satu jenayah! Maaf kerana mengejutkan semua orang. Ini adalah Miharu-chan, yang memerhatikan pencuri. Tujuannya di sini untuk mencegah kecurian ikan-ikan kami. Berwaspada dengan Mamoru-kun juga!”

@omott_/Twitter

Perkataan dengan nama perempuan Miharu bermaksud ‘yang sedang memerhatikan’ dan nama lelaki Mamoru bermaksud ‘yang sedang melindungi’. Satu langkah pencegahan jenayah yang bijaksana oleh pemilik kediaman ini untuk melindungi rumah dan ikan-ikannya.

Siapa yang tidak terkejut apabila melihat kepala yang tiba-tiba muncul seperti ini. Bukan sahaja pencuri yang berasa takut dan cabut lari, orang biasa yang lalu-lalang di kawasan ini juga akan menjadi terkejut dan takut. Boleh luruh jantung dibuatnya.

Sumber : Sora News , Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular